Monday, 6 February 2012

Nilai Air Mata 8


Aku bangun dengan muka yang sembab pagi ini. Semalaman aku menangis mengingatkan kata-kata sinis Abang Arman. Mata dah tak boleh nak buka. Tulah kau leha, nangis tak ingat dunia. Sekarang mata dah tak boleh nak buka ni macam mana. Mata dah lah sepet. Aduh memang cari penyakit lah aku ni. Aku mengomel seorang diri. Kaki melangkah ke bilik air. Tangan membuka pili air, muka aku basuh beberapa kali. lama mata aku terpaku pada cermin yang memantulkan imej sendiri. Imej dikaca aku sentuh. Pelahan-lahan aku sentuh bagai cuba menyuntik semangat baru. Apa yang ada pada luaran tidak sama dengan kepedihan yang aku tanggung sendiri didalam hati sekarang. Kenapa aku sentiasa ditimpa dengan pelbagai ujian dari mu Ya Allah. Airmata mengalir lagi. Ya Allah leha, kenapa kau nangis lagi. Air mataku sapu. Mesti mak perasan gila muka aku macam ni. Apa aku nak cakap. Dah lah leha, dari kau buat drama kat sini baik mandi cepat-cepat. Subuh dah nak masuk ni. Aku memotivasikan diri pagi-pagi buta. Sambil tersenyum aku mula menyegarkan diri. Mudah betul mood aku berubah-ubah. Macam ni lah nasib hidup dengan orang. Setelah siap aku melangkah ke almari. Sepasang baju kurung aku sarung kebadan. Telekung diambil dan disarungkan. Suara azan subuh sayup-sayup bergema. Aku duduk diatas sejadah sementara menunggu azan habis. Setelah azan habis, aku memulakan dengan solat sunat 2 rakaat di ikuti dengan 2 rakaat yang wajib. Selesai solat subuh aku sambung dengan bacaan al-quran. Menenangkan hati yang lara. Aku perlu jiwa yang ikhlas untuk meneruskan kehidupan aku mendatang. Dengan ayat-ayat suci ini lah hati aku dapat ditenangkan. Tanpa aku sedari aku terus sahaja mengalunkan ayat-ayat suci sehingga lah aku dikejutkan dengan ketukan dipintu. Bacaan aku habiskan supaya tidak tergantung. Al-quran aku tutup lalu menyimpannya dulu, telekung masih tersarung. Pintu dibuka.
“ assalammualaikum anak mak “ Puan Fatimah memberi salam. Salam disambut oleh saleha pelahan. Satu kucupan singgah didahi saleha.  “ boleh mak masuk. “ saleha mengangguk lalu memberi laluan untuk mak melangkah. Mereka duduk dibirai katil. “ leha tak sihat ke sayang “ mak menyoal. Leha tersenyum, dia tahu mak mesti perasaan akan berubahan pada wajahnya
“ leha salah makan agaknya mak tu yang bengkak sikit muka ni . “ jawapan yang diberi oleh leha menyebabkan Puan Fatimah mengeluh kecil. Dia tahu leha menangis tapi itulah sifat saleha tidak mudah mengadu juga tidak terbuka untuk berkongsi masalah dirinya. Tubuh kecil didepannya dibawa ke pelukan. Kepala leha diusap-usap.
“ macam mana persiapan SPM leha. Dah ok ke sayang, ada apa-apa yang tak cukup “ Puan Fatimah membuka topik untuk mereka berbual. Sudah lama rasanya dia tidak berbual-bual dengan saleha. Dia sibuk dengan urusan restorannya yang sudah semakin maju. mungkin semua ini berkat dia menjaga saleha, kata orang berkat kalau kita menjaga anak yatim tapi bukan itu maksud dia menjaga saleha. dia memang menginginkan anak perempuan dan semuanya adalah rezeki untuknya
“ semuanya cukup mak, semua leha dah ada tinggal tunggu nak ujian je “ senyum terukir dibibir kecil itu. Bertambah sepet mata gadis ini jadinya. Puan Fatimah turut tersenyum, lucu dia melihat wajah comel saleha.
“ baguslah kalau semuanya ada, risau juga mak tengok leha tak mintak apa-apa. Tak macam aiman tu, ada je yang tak cukup. Itu takde lah ini takde lah “ bebel Puan Fatimah. Tersenyum lagi saleha mendengar emaknya membebel. Tubuh saleha ditarik dalam pelukan Puan Fatimah. Lama tubuh kecil itu dipeluk. “ sayang ” lembut suara emak memanggilnya. satu kucupan singgah diubun-ubun leha. Mata mereka bertembung. “ mak sayang leha sangat-sangat “ belakang tubuh gadis itu diusap-usap dengan penuh kasih sayang. Dia harap saleha dapat merasakan keikhlasannya menyayangi gadis ini. “ leha lah satu-satunya anak perempuan yang mak ada. kalau ada apa-apa bagi tau kat mak ye sayang. Janji dengan mak yang leha takkan rahsiakan apa-apa dari mak sayang “  pelukan dikejapkan lagi.
“ terima kasih mak “ hanya itu yang terluah dari mulut saleha..terasa mencurah-curah kasih sayang yang disalurkan melalui pelukan emaknya.
“ mak yang sepatutnya berterima kasih dengan leha “ saleha mengeleng-gelengkan kepalanya
“ tak mak, leha yang terutang budi dengan mak. Terima kasih jaga leha mak. Terima kasih sebab mak sayang leha macam anak kandung mak sendiri. Hanya Allah yang dapat membalasnya mak “ tersedu-sedu saleha. muka dibenamkan didada Puan Fatimah. Terlalu baik sifat wanita dihadapannya ini. Disaat semua orang mencemuh dia dan keluarganya. Masih ada insan yang sudi ‘ mengutipnya’. Bagaimana hidupnya kalau tidak ada keluarga ini.
“ sayang. Mak tak suka leha cakap macam tu. mak tak pernah anggap leha ni orang luar. leha memang anak mak sampai bila-bila sayang. ”  Lama mereka berada dalam keadaan ini. Melayan perasaan masing-masing..
Akhirnya Puan Fatimah meminta diri untuk menyediakan sarapan. Saleha yang ingin membantu dihalang. Puan Fatimah mahu memberi ruang untuk anak gadisnya itu menenangkan diri. Takut ada yang mengganggu fikiran saleha. Lagipun lusa saleha akan menduduki peperiksaan jadi biar lah saleha mempunyai masa untuk belajar. Saleha hanya memandang tubuh emaknya yang semakin menghilang dari pandangan mata. Saleha mengeluh. Bersyukur dia diberikan tempat untuk bergantung.
“ ibu...leha rindu ibu “ Dia perlu bersiap, sudah menjadi rutinnya untuk menziarah kubur ibu setiap pagi sabtu.  Selepas bersiap, saleha melangkah kedapur untuk melihat emak didapur. Emak sudah menyiapkan sarapan, saleha meminta izin dari Puan Fatimah untuk menziarahi kubur ibunya.
“ leha tak nak sarapan dulu ke? mak dah siapkan ni. “ ada nada risau pada suara Puan Fatimah takut pula jadi apa-apa pada saleha nanti . Aiman yang baru duduk dimeja makan ingin menemani saleha  tapi niat dia dihalang emaknya. Tersenyum saleha mendengar. Aiman sudah menarik muncung tanda protes. Saleha memang ingin pergi seorang diri, banyak yang dia mahu bualkan dengan ibunya. Hanya disitu dia akan mendapat ketenangan.
“ takpe lah mak nanti balik leha makan ye, leha nak cepat ni. “ dia tidak mahu terserempak dengan Abang Arman. Masih belum sedia hendak mengadap mukanya. “ leha pergi dulu ye mak, aiman “ tangan emak disalam. Aiman hanya menjeling. Tidak puas hati lah tu.
-----------------------------------------------------------------------------------
“ assalmualaikum ibu “ saleha duduk ditikar yang telah di bentang tadi. Dia mula membaca surah yaasin. Tenang sungguh perasaannya ketika ini. Semua masalah yang bersarat di dalam kepala hilang dengan sendirinya. Dia suka dengan suasana ini. Setelah selesai membaca surah yassin. Saleha membersihkan kawasan kubur ibunya.
“ ibu...leha rindu ibu. “ syahdu suara saleha. ada sendu yang masih bersarang didadanya.
“ ibu..lusa leha nak periksa. Ibu doakan leha ye. Leha akan cuba tunaikan janji leha pada ibu. Ibu nak leha jadi doktor kan. Insyaallah ibu, leha akan usahakan untuk tunaikan janji leha. Walaupun leha tak dapat ubat ibu tapi leha janji akan tolong orang lain. ibu doa kan leha ye” airmata yang mahu gugur ditahan. Tidak mahu ada air mata yang gugur. Segala isi hati diluahkan dihadapan kubur ibunya. Macam-macam cerita yang disampaikan . Walaupun hakikatnya dia tahu yang ibu tidak akan mendengar atau menjawap, tetap sahaja dia meluahkannya. Mungkin ini lah terapi untuk dirinya. Saleha ingin menjadi perempuan yang setabah ibu. Lama dia duduk ‘berbual ‘ dengan ibunya. Kalau orang lain tengok mesti orang ingat dia dah gila. Ah! Biar lah apa orang nak cakap. Selama ini pun dia sudah lali dengan cemuhan dari mulut orang. Sebelum pulang dia membacakan lagi surah yaasin untuk ibu.
“ leha balik dulu ye bu, minggu depan leha datang lagi, assalammualaikum “ dia bangun lalu melipat tikar yang menjadi alas duduknya tadi. Kini sampai masa untuk dia pulang ke rumah. Setiap kali pulang dari kubur hati saleha akan merasa tenang setenangnya

No comments:

Post a Comment