“ man “ aiman dipanggil. Puan Fatimah melangkah ke
ruang tamu. Air milo ditangan di serahkan ke aiman.
“ terima kasih mak” aiman tersenyum sambil
mengambil cawan yang diulurkan oleh emaknya
“ man dah study?. Mak tengok man asyik tengok tv
je.” Puan Fatimah melabuhkan punggung nya sebelah aiman. Arman yang baru keluar
dari bilik hjh Naimah turut duduk diruang tamu.
“ man study lah mak. Tiap-tiap malam man baca nota
yang leha buatkan untuk man “ aiman menjawab. Arman hanya menjadi pendengar.
“ leha buatkan kau nota man?. Man...man. kau buli
si leha ke man? kau jangan ambik kesempatan kat budak tu pulak.” Tidak senang
hatinya mendengar apa yang dikatakan Aiman takut membebankan saleha.
“ Bukan macam tu mak, leha yang nak buatkan untuk
aiman. Dia kata senang nanti aiman nak ulangkaji. Aiman kan sibuk dengan
latihan bola mak” Balas aiman
” mak bukan apa man, mak tengok kau ni asyik main
bola je. Pastu balik tengok tv. SPM dah nak dekat man, cuba kau tengok macam
leha tu. Mak tengok dia tu tak pernah buang masa. Rajin belajar, rajin pula
tolong mak.” Puan Fatimah sudah memulakan ceramah freenya. Aiman tersenyum,
suka bila nama saleha disebut - sebut. Arman yang dari tadi menjadi pendengar
setia sudah berbulu dengan nama pompan tu.
“ Mak ni sibuk kat restoran man. Takda masa nak
tengok kau belajar. Jangan nak ambik kesempatan pula. Ha!! Ni mak nak tanya.
Macam mana leha kat sekolah?” risau dengan perubahan leha. “ sekarang mak
tengok lain benor si leha tu. Dia ada masalah ke kat sekolah man? “ topik sudah
ditukar.
Aiman pun sedar akan perubahan leha. Saleha tidak
seceria dulu. Mungkin masih sedih dengan permergian ibunya. Pelbagai masalah
yang timbul selepas pemergian ibunya. Semakin teruk pulak saleha dicemuh oleh
rakan-rakannya disekolah. Satu keluhan keluar dari aiman tanpa dia sedari. Puan
Fatimah menanti jawapan dari aiman. Aiman cuba menyembunyikan sesuatu dari
pengetahuan Puan Fatimah. “ maaf kan man mak, man dah janji dengan leha “ aiman
berkata dalam hati. Terukir senyum tidak ikhlas dibibir aiman. Teringat dia
akan peristiwa di sekolah minggu lepas. Kebetulan dia dan saleha ada aktiviti
selepas waktu sekolah. Disebabkan latihan bola sepak habis lewat sedikit dari
waktu yang ditetapkan, Dia meminta saleha menunggunya setelah gadis itu selesai
study dengan sahabatnya, mila. Silap dia juga kerana mahu sangat saleha
berjanji untuk pulang bersama-samanya. Bukan senang nak dapat peluang macam
ini. Takkan nak lepaskan macam tu je. Dia tahu kekasihnya seorang yang sentiasa
memegang janji sebab itu dia suka mendesak sampai gadis itu berjanji. Sewaktu
menunggu aiman selesai, dari jauh dia melihat saleha diserang oleh najwa dan
sekutunya. Aiman sudah maklum akan keinginan najwa memilikinya tapi hendak buat
macam mana hatinya telah pun dicuri. Laju sahaja kakinya melangkah mendapatkan
buah hatinya itu. Melihat sahaja kelibat aiman, najwa dan sekutunya terus
angkat kaki. Bila ditanya pada saleha, gadis itu hanya berdiam dan tersenyum.
Aiman apa lagi, bila dah lihat senyuman dari bibir gadis pujaannya terus lupa
dunia. Sempat juga saleha minta dia berjanji untuk tidak memberitahu Puan
Fatimah. Takut mak risau katanya, terpaksa lah aiman akur dengan permintaan
buah hatinya itu. Masalah hanya dia yang anggap saleha itu kekasihnya.
Huhuhuhuh.
“eh budak ni!!! Orang tanya dia berangan pulak “
ada riak tidak puas hati diwajah Puan Fatimah.
“ tak payah nak ambik tau sangat lah mak. Budak tu
ngada-ngada je lebih. Saja nak dapat perhatian. Orang dah tumpangkan pun dah
cukup baik. Ingat orang kat umah ni takda kerja ke asyik nak ambik tahu pasal
dia. Tak pasal-pasal man ni kena jadi bodyguard dia “ arman menjawab. Tidak
tahan asyik mendengar nama budak pungut tu disebut. Asyik-asyik saleha yang
dibualkan. Dah tak da cerita lain agaknya. Tersentak aiman dan puan fatimah
mendengarnya
“ am dah kenapa ni? Mak tak pernah ajak anak mak
macam ni “ lirih sahaja suara puan fatimah. Dia sedar yang arman tidak selesa
dengan saleha. Dingin sahaja kelakuan arman dengan saleha. “ leha tu tak pernah
nak ambik perhatian am. Dia dah takda sape-sape lagi. Salah ke kalau kita ambik
berat pasal dia. Dah mak tak nak dengar am cakap macam tu lagi. Ha!!! Yang am
tu. Mak tengok dah tiga bulan am balik. Nak tanam anggur je ke? tak reti-reti
nak tolong mak kat restoran tu “ arman pulak yang jadi mangsa mak. Aiman pulak
jadi pendengar setia. “ kan dah kena. Yang pegi cari penyakit tu kenapa. Dah
tau saleha tu anak emas mak sekarang” ayat tu hanya bermain di kepala aiman
sahaja. Aiman tersenyum kambing.
No comments:
Post a Comment