Penerbangan dari
united kindom ke malaysia telah selamat mendarat. Setelah selesai menguruskan
pasport dan beg, Arman keluar dari balai ketibaan sambil mata melilau mencari
kelibat orang yang menunggunya. Kepalanya ditinggikan apabila terdengar namanya disebut. Terlihat
aiman dan mak yang sedang melambai-lambai. Trolinya di tolak menuju kearah
mereka.
“ apa kabar mak,
sihat? “ tangan mak disalam , kemudian
arman memeluk maknya
“ mak sihat am, am
sihat ? “ pelukan arman dilepaskan. Airmata kegembiran sudah hampir menitis.
Selama empat tahun anaknya tidak pernah pulang. Macam-macam alasan yang
diberikan. Dia tahu yang arman masih bersedih atas pemergian ayahnya. Dia
bersyukur akhirnya arman sudi pulang. Melihat situasi itu , aiman berdehem ...
“ ehem...ehem....tak
ingat ke ade orang lain kat ci ni “ aiman buat-buat merajuk
“ eh...adik abang ke
ni, dah ehsem sangat. Tu yang abang tak perasan “ kepala aiman diluku-lukunya.
“ ape ni abang, abis
lah rambut aiman “ arman tersenyum
Mereka
berjalan menuju ke kereta. Niat arman untuk memandu tidak kesampaian. dia agak
kekok dengan keadaan dan jalan disini. Banyak yang sudah berubah. Sepanjang
perjalanan mereka sekeluarga bertukar-tukar cerita.
“ asaalamualaikum nek
“ pintu bilik hjh naimah dibuka
“ kao nak ape ha!!!!
Bila mase aku jadi nenek kao “ hjh naimah menengking. Salam hanya dijawap
didalam hati.
“ leha nak siap kan
nenek, jap lagi abang arman nak balik, dia kan dah lama tak jumpe nenek. nenek
kena lah wangi-wangi, cantik-cantik “
“ ooooo,,,selama ni
aku busuk lah, kao nak cakap aku ni buruk lah ya.....eh bodoh!!!! Mane ade
orang tua dalam dunia ni yang cantik “
“ kita mandi dulu ye
nek” leha menjawab lembut sambil tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai hjh
naimah. Malas untuk dia membalas kata-kata orang tua itu. Semenjak dia
memjejakkan kaki dirumah ini, hjh naimah memang tidak sebulu dengan nya. Ada
sahaja yang saleha buat tidak kena pada pandangan orang tua itu. Disamping
membuat kerja rumah, leha juga membantu mak untuk menjaga nenek. Semua dilakukan
leha walaupun selalu sahaja dia dimarah, dimaki oleh hjh naimah. Dia tetap
ikhlas melakukan nya. Laju sahaja tangannya menbuka baju hjh naimah. Dia hanya
mengelap badan nenek, biasanya kalau ada aiman, baru nenek mandi dibilik air.
Bukan dia hendak curi tulang, tapi kudratnya tidak mampu untuk mengangkat hjh
naimah. Takut sekiranya berlaku sesuatu pada hjh naimah nanti. setelah siap,
leha menyuapkan makan malam untuk neneknya. Bibirnya sentiasa mengukirkan
senyuman. Walaupun telinganya sudah torek dengan bebelan hjh naimah. Tengah
makan pun masih sempat nak membebel. Sabarlah leha, dah nasib kau cam ni....
Mulut hjh naimah
dilap. Bekas-bekas ubat untuk nenek telah dikeluarkan
“ nenek makan ubat
dulu ye “
“ hei pompan!!! Aku
bukan nenek kau lah bodoh, kao ni pekak ke “ kepala saleha ditunjal-tunjal
Leha sudah malas
hendak melayan. Nanti makin lambat pulak orang tua ni nak makan ubat.
“ puan ...makan ubat
dulu ye “
Ubat ditangan
dirampas. Ubat telah selamat ditelan oleh nenek. Air digelas diteguk habis. Saleha
membetulkan bantal hjh naimah.
“ puan tidur dulu ye,
nanti mak dah balik leha suruh dia kejut kan puan.. “
Leha kembali kedapur,
hjh naimah telah pun lena. Hidangan untuk makan malam sudah disiapkan oleh
saleha. Semua kerjanya sudah selesai, dia hanya perlu menunggu mak pulang
sahaja. Sambil menunggu dia mengulangkaji pelajarannya.
Begitu lah
kegiatannya hari-hari. Mata yang semakin berat ingin sekali ditutup. buku
dihadapan mata nya sudah semakin kelabu. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
No comments:
Post a Comment