Monday, 6 February 2012

Nilai Air Mata 5


Lepas waktu sekolah, saleha melangkah untuk ke perpustakaan sekolah. Dia sudah berjanji dengan kamila sahabat baiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Perpustakaan kelihatan lengang, hanya ada beberapa orang pelajar sahaja. Sambil berjalan mata saleha sempat melilau mencari kamila. Belum sampai lagi kut, saleha bermonolog sendiri. Saleha memilih untuk duduk di meja yang agak tersorok sedikit dari pelajar-pelajar yang lain. Dia sempat mengambil beberapa buku rujukan sebelum duduk tadi. Buku nota dikeluarkan. Buku rujukan diselak-selak, cuba untuk memahami apa yang sedang dibaca. Retina mata yang melihat butiran huruf dihadapnya tidak dapat ditafsirkan oleh otaknya untuk menyimpan sebagai ingatan. Ditambah pulak dengan peperiksaan yang tinggal lagi seminggu, semakin menyesakkan dirinya. Banyak subjek yang masih belum diulangkaji. Arggg!!!!!!!!Ingin sahaja dia menjerit, ingin sahaja dia lenyap dari muka bumi ini. Minta di telan oleh bumi hingga ke dalam terasnya. Banyak dugaan yang terpaksa dia tanggung. Emosinya belum stabil lagi.
Terasa bagai semuanya hanya sebuah mimpi, tapi malangnya itulah takdir yang harus aku terima sekarang. Redhakah aku dengan takdirmu Ya Allah?, mampukah aku menempuhi setiap ujian yang ENGKAU berikan padaku Ya Allah?. Hati ini semakin sebak. Hari  ini sudah genap tiga bulan ibu pergi meninggalkan aku dan ini bermakna sudah tiga bulan jugalah aku menjadi penghuni rasmi dirumah mak. Semua urusan pengebumian ibu diuruskan oleh mak sekeluarga. Aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah menemukan aku dengan keluarga ini. Kalau tidak, tak tahu lah macam mana aku nak uruskan jenazah ibu. Nak harap kan lelaki tak guna itu, berulatlah ibu aku jawabnya. Semenjak dari hari itu aku tidak pernah nampak lagi muka lelaki tak guna itu. Sudah semakin benci aku padanya. Sanggup dia buat ibu macam itu. Malam itu memang tidak mungkin dapat aku lupakan seumur hidupku. Malam aku menjadi anak yatim dan sekaligus piatu.....Ibu.......
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Ya Allah ibu “ leha menjerit. Dengan pantas ibu sudah ada dalam dakapannya. “ ibu, bangun bu. Nape ibu diam je. Bangun lah bu. Ibu tak nak cakap ngan leha ke bu. Bangun lah bu. Jangan tinggalkan leha bu. Leha rayu kat ibu. Bangun lah bu. Bangun lah. Leha janji bu, leha takkan tinggalkan ibu lagi. Maafkan leha bu. Bangun  bu. Bangunlah. Leha mohon bu “ tubuh ibunya digoncang-goncang. Muka ibu sudah kebiruan, badannya sudah sejuk. Airmata  leha sudah mengalir laju. “aiman!!!aiman tolong leha man...ibu...” kata-kata itu tidak dapat keluar dari mulut leha. Tersekat dikerongkongnya. Hanya airmata yang merembes laju. “ ibu, nape ibu tinggalkan leha. Ibu tak sayang leha ke bu ” leha meluahkan perasaannya. Mengharapkan ibu mendengarnya. “ leha mintak maaf bu. Leha tak mampu jadi anak yang terbaik untuk ibu “ leha bisikkan ditelinga ibu. “ leha tak mampu jaga ibu. Leha mintak maaf  bu, leha tak sempat nak bahagiakan ibu. Leha janji bu, leha akan banggakan ibu. halalkan makan minum leha bu, maafkan lah segala kesalahan leha ye bu, leha sayang ibu. Leha sayang ibu sangat-sangat. Mungkin ini yang terbaik , Leha redha bu, leha redha..“  pelukan dieratkan lagi. Satu kucupan leha berikan didahi ibunya. “ innalillahhiwainalillahirajiun “ akhirnya ayat itu terkeluar jugak dari mulut leha. Aiman terpaku, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Seakan baru tersedar , Aiman terus berlari keluar. Saleha terus memeluk ibunya.
 “ awak ok nur? “ kamila memandang muka sahabatnya. Nur saleha Hudda. Risau dia melihat keadaan saleha yang murung kebelakangan ini. Tiada reaksi dari saleha. “ nurl!! awak ok ke? “ mila menyoal lagi. Kali ini nadanya dikeraskan sedikit. Mila memegang bahu sahabatnya.
“ eh...awak mila. Sorry saya tak dengar. Awak cakap ape tadi “ leha seakan baru kembali dari dunianya. Jauh dia mengelamun. “ lama ke awak dah sampai ”. mengalihkan mukanya. Airmata yang tersisa dipipi dilap.
“ baru lagi, nak duduk pun belum sempat lagi. awak dah lame sampai? Awak ok ke nur?“ mila sudah mengeluarkan buku nota.
“ baru jugak, tak lah lama sangat. Saya ok je ” balas leha
“ tu yang sempat beragan tu. Rase nye mesti dah lame kan “ mila melawak. Hidung leha dicuit. Pantang berbual dengan saleha, pasti hidung sahabatnya itu dicuit. Penah juga saleha bertanya kenapa. Jawapannya dia cemburu dengan hidung mancung milik saleha. Sebab itu sekarang dah jadi hobi. 
“ade-ade je lah awak ni. “ balas leha . Mengelengkan kepalanya sambil tersenyum. “ so. Kita nak ulangkaji subjek apa ni awak “ leha menyoal.
“ subjek kimia lah awak . saya nak buat nota kimia, rase macam susah sikit lah nak ingat formula dia “ balas mila.
Buku kimia dibuka. Leha mula melukis peta minda. Sesi ulangkaji mereka bermula. Mereka mengulangkaji beberapa subjek sains tambahan. Saleha dan kamila bertukar-tukar nota dan soalan. Saleha cuba untuk fokus dalam ulangkajinya. Tidak mahu usaha sahabatnya itu sia-sia. Dia tahu mila seorang sahabat yang baik, sentiasa berada disisinya. Saat dia sedih mahupun gembira. Sentiasa memberi semangat. Dia bersyukur kerana sentiasa di kelilingi orang-orang yang prihatin dan sayang kepada dirinya. Dia juga harus menunaikan janji yang sudah dia lafazkan kepada ibu. Berikan lah aku kekuatan Ya Allah. Semoga aku sentiasa menjadi hambamu yang taat, dan tabah mengadapi dugaanmu.

No comments:

Post a Comment