Monday, 6 February 2012

Nilai Air Mata 6


“ Lambat kau balik hari ni “ sergah Arman.
Hampir nak tergugur jantung aku. Buka kasut pun tak sempat lagi. Dekat mana pulak mamat ini tadi. Tak nampak pun. Tetiba je muncul. “ leha ada study group tadi “ balasku. Malas nak layan perangai Abang Arman. Aku tak paham mamat sorang ni. Balik dari UK dah tak sebulu dengan aku. Rasanya aku memang takda buat salah dengan dia ni. Kalau pasal aku duduk rumah dia, yang tu bukan salah aku. Ingat aku nak sangat ke menumpang dekat rumah kau ni. Mak yang ajak aku tau. Sempat lagi leha membebel didalam hati.
Dia meletakkan kasut di rak, terus sahaja kebilik. Semenjak dia duduk dirumah Puan Fatimah, bilik tamu rasmi menjadi biliknya. Bilik itu memang lengkap, siap dengan bilik air lagi, memudahkan kehidupan leha. Setelah siap membersihkan diri, leha menunaikan apa yang wajib bagi seorang hamba kepada penciptanya. Tadi ada juga Mila mengajaknya untuk menunaikan solat asar di surau sekolah tapi dia menolak takut lambat sampai kerumah. Walaupun mak membenarkan dia untuk pulang lambat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja dirumah, leha sedar dia hanya menumpang. Takkan lah dah diberi betis nak peha pulak. Kemudian dia meneruskan kerja-kerja sehariannya. Tidak nampak pulak muka Abang Arman. Macam biskut pun ada mamat ni. Bagus aman sikit dunia aku. Leha berkata-kata pelan. Setelah dipastikan semua siap dan teratur, leha melangkah pula kebilik nenek, Hjh Naimah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Setelah yakin yang dirinya tenang dan bersedia dia memberi salam sambil memulas tombol pintu bilik nenek. Senyum leha. Smile.......
“ assalammualaikum puan “ itu lah yang aku ucapkan. Dah tiga bulan aku mengunakan panggilan itu. Malas nak cari gaduh dengan nenek. Salamku tidak berjawab seperti selalu.
“ puan dah makan? Nak leha ambilkan ? “ aku menyoal. Nenek sudah duduk di kerusi rodanya. Mesti Abang Arman yang dudukkan dia.
“ aku dah makan, kau ingat aku kena tunggu kau ke baru aku boleh makan? kau tak payah nak sibuk-sibuk lagi pasal aku. Cucu aku ada, dia boleh jaga “ nada suara hjh naimah rendah tapi tetap tegas. Tangannya menolak kerusi roda, mahu keluar dari bilik itu.
“ puan nak keluar ke? biar leha tolakkan ye.” Aku mendapatkan nenek. Senyum memang tidak penah lepas dari bibirku. Tapi tanganku ditepis kasar. Perit juga rasanya.
“ kan aku dah cakap tadi. Kau ni memang tak paham bahasa ke? ” suara nenek dah mula meninggi. “ kalau tak naik kan darah aku memang tak boleh ke?”  sambungnya lagi. Dah mula dah. Bisik hati leha, memang nak kena jerit-jerit ke? tak perit ke anak tekak dia ni. Mendengar suara nenek yang dah terpekik-pekik. Arman muncul.
“ nape ni nek?” arman sudah dimuka pintu. “ sampai keluar am dengar suara nenek “ berjalan mendapatkan neneknya
“ ni , pompan kotor ni.” Jari nenek sudah didepan mata leha. Nasib baik tak kena, kalau tak boleh buta. ”Aku dah cakap tak payah sibuk-sibuk nak jaga aku. Cucu aku dah ada “ arman senyum. Entah kenapa senyum dibibir lelaki itu seakan menyakitkan hati leha.
“ kau dah tak payah nak buat baik. Aku boleh jaga nenek aku. Kau boleh tipu mak aku dengan muka seposen kau tu tapi bukan aku. Aku dah biasa jumpa pompam macam kau “ arman  berkata sambil berlalu. Leha melihat arman menolak nenek. Rasa bagai ada pisau yang menusuk dihati leha. Airmata sudah terbit. Semenjak ibu pergi, jiwanya menjadi semakin sensitif. Selama ni dia ikhlas menjaga nenek. Kenapa mesti abang arman cakap begitu kepadanya. Dia berlari kebilknya. Dibilk, dia duduk dilantai bersandar di kaki katil. Lutut dibawa kedada. Kepala dibenamkan ke lutut. 
“ bu...ape salah leha bu. Kenape diorang benci kat leha.  Leha tak susah kan die orang pun bu” leha berkata dalam sendu.   “ Leha rindu ibu. Ibu rindu  kat leha tak? Bila kita nak jumpa bu. Leha nak jumpa ibu...Datang lah kat mimpi leha.  Sekejap pun tak pe. Leha rindu ibu“ lirih suara leha. Meluahkan perasaan, sesungguhnya dia memang merindukan ibunya. Lama dia berkeadaan begitu. Dia tidak mau larut dalam kesedihan lagi. Saleha bangun untuk mengambil wuduk. Al-quran di capai. Dia perlu menenagkan jiwa nya. Suara leha mengalunkan ayat-ayat suci memenuhi ruang di biliknya. Dia merasa ketenangan.
Puan Fatimah baru sahaja pulang dari restorannya. Semenjak saleha tiggal dengannya. Pulang sahaja kerumah pasti gadis itu yang dicari. Pintu bilik leha diketuk. Bila tiada jawapan pintu bilik dibuka. Saleha yang masih bertelekung sedang asyik membaca al-quran, dia hanya tersenyum melihat saleha. Sejuk hati nya setiap kali memandang seraut wajah gadis itu. Perangai saleha memang sudah banyak berubah. Saleha sudah kurang tersenyum, cakap pun hanya bila ditanya. Kadang-kadang risau juga dia dengan perubahan leha, ketara sangat sejak kebelakangan ini tapi dia tidak mahu mendesak saleha. mungkin saleha memerlukan masa.  

No comments:

Post a Comment