Monday, 6 February 2012

Nilai Air Mata 1



Sudah menjadi kebiasaan bagi Saleha pulang dari sekolah dengan berjalan kaki. Bukan tiada rakan atau guru yang mahu menghantarnya pulang. Tapi dia lebih selesa berjalan kaki. Tidak suka membebankan orang lain. Sudah banyak dia dan ibu menerima ihsan dari orang. Tidak sanggup dia termakan budi orang lagi. Saleha memang seorang pelajar yang pandai disekolah. Dia juga seorang rakan yang baik. Selalu sahaja membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sikap itulah yang selalu menbuatkan dia disenangi oleh banyak orang
Peluh-peluh kecil mula terbit dimuka. Matahari pula terasa terik hari ini. Mukanya yang putih sudah pun kemerah-merahan menahan panas matahari. Dia meneruskan perjalanan pulang yang dirasakan agak panjang hari ini. Satu keluhan keluar dari mulut kecil itu. Terlalu sarat rasa kepala memikirkan nasib diri. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM. Semakin hari  semakin menghampiri dirinya. Memang dia terdiri dari pelajar yang pandai dan cepat faham disekolah. Tapi disebabkan kesusahan hidup , membuatkan saleha hilang keyakinan untuk berjaya. 
“ Sabar lah bu. Leha pasti ubah nasib kita. Ibu jangan pernah putus harapan dengan leha ye. Leha cume ada ibu sorang je. Bertahan lah untuk leha bu “. Aku bermonolog didalam hati. Terukir sebuah senyuman dibibirnya.
sampai saja leha dirumah. Aku sudah terdengar suara ibu menjerit-jerit. Langkah kaki dilajukan. Pintu depan yang sudah terbuka luas semakin mendebarkan dada leha. Dia berlari masuk tanpa memberi salam. Mencari-cari ibu.
“ Ya allah Ayah. Apa yang ayah dah buat kat ibu ni “ Laju aku berlari kearah ibu. Beg sekolah dan buku-buku telah selamat dicampak diatas lantai. Bibir ibu sudah pun berdarah. Air mata sudah mengalir laju. Tidak habis-habis masalah yang datang.
“ kau diam , jangan masuk campur urusan aku. “ sergah dollah. Tangan nya sedang rakus perampas sesuatu dari leher isteri nya. Leha memandang ayahnya. Kemudian dia memukul-mukul lengan lelaki itu .
“ lepas kan ibu, ayah. Leha merayu kat ayah ” satu penampar melekat di muka leha. Terduduk dia dilantai.
“ jangan bang , jangan ambik rantai ni. Ni lah satu-satu nye harta yang saya ada bang. Tolong lah. “  kalsom merayu-rayu pada suaminya. Angin dollah sudah memuncak.
“ hei pompan!!. Kau ni memang tak sedar diri. Susah payah aku kutip kau dulu ha. Kau tak ingat semua tu. Sekarang ni bila aku mintak barang kau, kau dah tak kasi. Memang pompan sundal.” Airmata kalsom sudah semakin deras. “ sampai ati abang cakap cam tu kat saya, bang “ suara ibu sudah tengelam timbul. Aksi tarik menarik masih berlanjutan. Aku bangun dan berlari kebilik. “ aku kena buat sesuatu, kalau tak abis ibu teruk kena belasah “ dia berkata-kata sendiri. Ini bukan kali pertama dia dan ibu makan penampar. Dah banyak kali. Setakat sepak terajang ayah dia dah biasa. Biarlah dia yang kena. Jangan ibu. Aku ingat lagi ibu pernah patah tangan dikerjakan ayah. nafas  aku tarik dalam-dalam. Mesti ayah kalah judi lagi. Kalau tak mesti dia tak balik. Ayah buat umah ni dah macam bank. Kalah je balik cari duit. Tapi bila menang jalan balik kerumah dah tak nampak. Bila agak nya ayah nak insaf. Dia sentiasa berdoa semoga satu hari ayahnya boleh berubah. Suara jeritan ibu menghentikan lamunannya. Pantas dia mencapai tabung milo kesayangannya. Dia memeluk lama tabung itu. “ tak pelah, untuk ibu. Duit boleh cari lagi leha “ aku memujuk ati. Kemudian aku berlari mendapatkan ibu . “ ni ayah, ambik duit leha, jangan pukul ibu lagi.” Mendengar tawaran yang dibuat oleh leha. Dollah melihat anaknya. Leher ibu sudah dilepaskan. “ ha!!!. Cuba dari tadi kau kasi duit ni kat aku...tak lah teruk ibu kau ni aku keje kan.” Senyum terukir di bibir Dollah. “ bagus anak ayah ni “ dollah mencubit pipi leha sambil berlalu. “ leha...., kenape leha bagi tabung tu, kan leha nak gunakan duit tu untuk sambung belajar. “ perlahan suara ibu. Aku mengelap darah di bibir ibu. Dahi aku dicium.Terasa syahdu seketika. Ibu dipeluk. “ tak pelah bu, nanti leha boleh cari lagi, lagipun leha kan pandai..mesti boleh dapat biasiwa punye.hahahaha ” tawa yang sengaje dibuat-buat leha . Kalsom seakan megerti penderitaan yang dialami anak nya itu. “ maaf kan ibu , ibu tak dapat bagi kebahagian pada leha. “ anaknya dipeluk. Aku membalas pelukan ibu. “ ibu....tak payah lah mintak maaf....leha tak perlukan apa-apa....sebab ibu adalah kebahagian buat leha.” Dia berbisik pada ibu.Senyuman yang paling manis leha berikan untuk ibu. Mereka berpelukan.

No comments:

Post a Comment