“ Leha, bangun
sayang. Napa leha tidur kat sini “ Puan Fatimah memanggil
Badanku digoncang.
Dengan berat, mata ku buka. Mata ditenyeh-tenyeh pelan.
“ aduh, sakit nya. “ aku
cuba bangun. Tapi semua badan terasa sakit. Kebas... cuba bangun tapi jatuh
lagi
“ leha ok ke? “ tanya
aiman. Ada resah dimukanya. Aku tersenyum
“ leha ok...thanks
aiman.” Balasku sambil cuba untuk bangun. Aku mengeliat, terasa semua urat
sendiku kembali ketempat asalnya. Tanpa aku sedari satu senyuman terbit dibibir
aiman. Comel betul minah ni. Bisik Aiman dalam hati. Jamku jeling.
“ ya allah. Aku dah
lambat ni “ aku mula kelam kabut. Tangan segera mengemas buku-buku yang
bersepah diatas meja. Ketiga-tiga pasang mata manusia itu memerhatikan
pergerakan aku. Aku yang terasa ada yang melihat terus berdiri tegak. Dah macam
nak nyanyi lagu negaraku. aku mencebik.
“ napa leha...” mak
yang sudah perasan perubahan riak muka aku, mula nak ketawa. Akhirnya ketawa
ketiga-tiga manusia itu pecah. Dah macam nak roboh rumah batu mak. Aku hanyu
mengaru kepala yang tidak gatal.
“ mak...am naik dulu
ye. “ arman bersuara
“ eh!! Am kejap. Mak
nak kenal kan am ngan leha “ mak menghalang arman dari pergi.
“ alah...nanti-nanti
lah mak. Am penat ni. Nak mandi, dah melekit-lekit ni. “ arman sudah hilang. Arman
menbawa beg dan terus kebiliknya.
Baru aku perasaan ada
orang lain selain mak dan aiman. Hanya memandang dari jauh. Ah mesti itu abang
arman. Aku memandang dengan ekor mata. Sombong orangnya. Ah! Biarlah leha,
esok-esok kau jumpa jugak dengan mamat ni. Aku kembali meneruskan perbualan
dengan mak.
“ mak , nak makan ke?
Leha dah siap kan kat dapur. “ soal ku sambil memasukkan buku pelajaraan
kedalam beg sandangku. Aku berlalu kedapur, mak membontotiku.
“ tak pe lah leha.
Kami dah makan kat luar tadi “ balas mak
Susah-susah aku masak
dia orang boleh makan kat luar. Wat penat je. Nasib kau lah leha. Hmmmm.
kata-kata itu cuma aku luahkan dalam hati. Aku terus mengemas meja makan tadi.
“ tak payah kemas
leha, biar kan je. Nanti mak kemas. “
“ kalau cam tu leha
balik dulu ya...dah lewat ni. “ aku
meminta diri.
“ aiman. Tolong mak
anta leha ni. Dah malam. “ arahan mak kepada aiman
“ tak payah lah mak.
Baru pukul 9 lebih. “ aku cuba menolak permintaan mak
“ biasa kan leha
balik pukul 8. Ni dah lambat ni, mak suruh aiman anta ye “ lirih suara mak. Aku
tau yang aku sudah tidak mampu untuk menolak. Hanya mengangguk. Aku pun tidak
mahu melambat-lambatkan masa. Risau keadaan ibu dirumah. Beg sandang kuambil. Mak
mengantar aku kepintu sambil menunggu aiman.
“ jom leha..” aiman
sudah teruja. Memang ini yang selalu di nanti-nanti kan nya.
Aku dan aiman
menyalami mak. Kami berlalu. Kami hanya berjalan kaki, memandang kan rumah aku
dan aiman hanya 3o minit sahaja. Perjalanan kami hanya ditemani bulan dan
bintang. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“ dah study untuk
exam nanti? “ aiman memulakan perbualan. Muka leha dipandang.
“ lum lagi aiman.
Masih banyak lagi yang belum study. Aiman cam ne? “ balas ku. Mata bertentang
mata. Dua-dua terdiam. Aku senyum, mengalihkan pandangan kembali kedepan
“ nanti boleh lah
kita study sama-sama ye leha “ cadang aiman. Aku hanya mengangguk.
“ tapi subjek teras
je lah. Aiman tak macam budak tu. Pandai, ramai peminat “ dia mula mahu meyakat
leha.
“ apa aiman cakap ni,
kita sama je lah. Tak de yang pandai atau yang kurang pandai. Siap cakap orang
ramai peminat lagi, tak sesuai k. ” kening ku berkerut. Entah apa-apa lah aiman
ni . ada je kalau nak menyakat.
“ betul lah apa yang
aiman cakap, leha memang ramai peminat kan...kan...kan...” aiman belum puas
lagi
“ aiman...bila masa
leha ada ramai peminat ni. Sape lah yang suka kat leha ni. Leha tak de apa-apa
aiman “ lirih suara leha. Ada sendu dalam bicara leha. Dia tahu banyak yang
mengata leha disekolah. Tapi dia tak nafikan, dalam diam ramai juga yang
meminati gadis disisinya itu. Gadis yang sempurna untuk dijadikan isteri serta
ibu kepada kaum yang bergelar adam. Aiman sudah rasa bersalah, niatnya hanya
untuk bergurau. Tak sangka pulak leha boleh terasa
“ ada...leha je yang
buat-buat tak perasan.” Aiman cuba menenangkan perasaan leha.
“ entah lah man. Leha
tak pikir pasal semua tu. Buat masa ni, yang leha pikir hanya nak belajar je. “ mengharapkan pegertian aiman. Leha tidak
mahu meneruskan perbualan itu. Senyap sunyi.
“ aku yang suka kat
kau leha, kenapa kau tak perasan “ aiman berkata perlahan. Seakan berbisik.
“ aiman cakap dengan
leha ke?” aiman terkejut dengan soalan leha
sory leha tak dengar “ memang leha tidak
mendengar bicara aiman. Terlalu perlahan untuk ditangkap oleh telinga leha.
“ eh!!!!mane ada.
Perasan lah leha ni. Aiman nyanyi je tadi “ aiman cuba menyangkal. Rasa malu
pulak dia dengan ketelanjuran kata-katanya. Muka aiman sudah terasa bahang.
Perjalanan yang
dirasakan lambat itu berakhir jugak.
“ terima kasih man,
teman kan leha balik “
“ kasih leha aiman terima
“ aiman cuba melawak. Kemudian dua-dua tersenyum
Keadaan rumah leha
yang gelap membuatkan hatinya tiba-tiba tidak sedap. Kaki laju mengatur langkah.
Lampu dibuka. Cahaya yang suram memenuhi ruang rumah leha. Bimbang akan
keselamatan leha dan ibu leha. Aiman mengekorinya.
“ ya allah ibu “ leha
menjerit.......
No comments:
Post a Comment