Monday, 6 February 2012

Nilai Air Mata 2


Selesai membersihkan diri dan solat, aku mengemas rumah. Memang itu lah tugas aku hari-hari. Tidak sampai hati membiarkan ibu yang sakit membuat kerja rumah. Seperti lipas kudung dia membuat kerja. Setelah dipastikan bersih dan kemas. Aku mendapatkan ibu.
“ bu, leha nak pegi umah mak ni, dah terlambat pulak. “ tangan ibu ku salam. Kalsom mengusap-usap kepala anaknya.
“ ati-ati ye jalan ”.  aku berlalu. kalsom menghantar anaknya hanya dengan pandangan dan senyuman. Sakit dibadan sudah tidak terperi. Dia tidak mahu saleha melihat dia kesakitan. Airmata kembali menjadi teman kalsom. air mata yang seakan tidak ada nilai nya, terus-terus saja mengalir. ”maaf kan ibu leha “ hanya itu yang mampu dia ucapkan .

**********************************************************************************************************************************************
Setelah sampai di banglo dua tingkat milik Puan Fatimah ( mak angkat aku ) , aku terus memulakan tugas. Membasuh, mengosok, macam-macam lagi lah.Aku menjadi pembantu part time dirumah itu. Walaupun mak tidak pernah mengangap aku pambantunya. So kira macam aku kerja lah jugak ni. Biasa lah aku, tak suka menerima ihsan dari orang. Dapat lah menampung perbelanjaan aku dengan ibu. Aku tersenyum.Banyak benda yang perlu disiapkan hari ini. Hari ini Arman anak pertama mak akan pulang. Tambahlah lagi satu penghuni kat banglo ini. Opsss...lupa aku nak bagi tau....kat umah ini ada mak, aiman dan hjh naimah. Mak mertua mak, biasa lah orang tua, cerewet. Tambah lagi dia dapat strok. Ermm....sabar je lah leha. Bibir terukir senyuman lagi. Mak menyuruh aku memasak ari ini. Seram jugak, abang arman tu baru balik dari ovedesea, makan ke dia masakkan kampung ni. Ah bantai je lah. Laju sahaja tangannya menyediakan barang. Menu ari ini asam pedas ikan pari, sayur air bayam , telur dadar, sambal belacan, ai banyak lagi lah. Yummy.yummy. dah nak terliur ni.
Dari jauh Puan Fatimah memerhatikan saja telatah saleha. Kesian dia melihat nasib budak itu. Saleha pada mata fatimah.Seorang yang cantik, mempunyai sepasang mata yang redup, kulit yang putih, fatimah suka melihat anak mata saleha, mampu menenangkan jiwa. Sama macam mata ibunya. Kalsom. Fatimah mengeluh. Teringat die peristiwa mula-mula dia mengenali gadis comel itu di kedai runcit Pak Mat. Keadaan yang kelam kabut masa itu menyebabkan Fatimah terlanggar saleha. Tanpa dia sedari dompetnye terjatuh. Saleha lah yang memulangkannya. Pengenalan di kedai itu membuatkan fatimah semakin ingin mengenali gadis itu. Tanpa jemu fatimah mendekati gadis itu. Sehinggalah saleha membawanya kerumah dan bertemu ibunya , kalsom. Semua masalah keluarga gadis itu telah diketahuinya. Mulai dari hari itu, saleha menjadi anak angkatnya. Nafas dihembus. Kalsom-kalsom. Sungguh tabah wanita itu, dulu dia selalu merungut megenangkan nasib dirinya yang sudah kematian suami. Tapi bila teringat kisah kalsom. Fatimah bersyukur. Tak ada suami lagi baik dari ada suami macam setan. Sakit hati fatimah.
DONG!!DONG!! DONG!!  bunyi jam mematikan lamunan fatimah. Kaki dilangkah mendapatkan anak gadisnya.
“ lambat leha datang ari ni” terkejut saleha bila disergah.  “ allah hu akhbar, terkejut leha mak” dadaku urut-urut. Terbang sekejap semangatku. “ maaf-maaf, mak tak bermaksud nak kejutkan leha. tu lah buat keje berangan je. Nanti dapat suami tua baru tau “ mak megusiknya. Saleha tersenyum. “ ari ni leha, lambat sikit lah mak. Ibu kurang sihat “ aku menipu . “maafkan leha mak ” ayat itu hanya mampu aku luah didalam hati. “ lah, nape tak bagi tau kat mak. Ibu batuk-batuk lagi ke. Abis leha datang ni, ibu macam mane “ timbul tanda tanya di hati fatimah. Setahu dia, sakit kalsom sudah beransur pulih. Sakit apa pulak kalsom ni. Dibiarkan saja soalan mak tanpa berjawap. Saleha yang mula rase dirinya akan terus disoal siasat , menyambung kerja. Takut nanti tak sempat pulak. Dia perlu pulang awal ari ni. Suasana didapur menjadi sepi seketika. Masing-masing hanya mengelamun. Tanpa mereka sedari. Aiman melangkah kedapur. Muka saleha dipandang.
“ ai....senyap je....malaikat lalu ke “ aiman menceriakan suasana. Die memeluk emaknya dari belakang. Pipi maknya dicium.
“ banyak lah awak punya malaikat “ aku menjawap sambil menyelir lidah. Aiman anak kedua mak. Satu sekolah dengan aku. Tapi tak sama kelas, dia ambik cos perniagaan. Macam aku pandai sikit, sains tulen...sempat lagi nak berlagak. Aku berkata-kata dalam ati. Sambil tersenyum-senyum.
“ yang tersenyum-senyum tu nape..., mesti ingat kat man kan leha. “ sengaja dia hendak mengenakan leha.Mak hanya mengelengkan kepala. Leha mencebik , kemudian lidarnya dijelir lagi.
“ nak kena potong ke lidah tu, terjelir-jelir. Dah macam kawan awak kan depan tu “ sesi peperangan mulut bermula.
“ amboi-amboi, sedap nye mulut tu berkata-kata. “ aku membalas. Aiman sudah menunjukkan isyarat gunting dengan jarinya
“ dah-dah , kamu jangan nak mula aiman, pantang berjumpe asyik nak gaduh je. ” Mak ‘membacking’ aku. Keningku angkat-angkat tanda suka. Senyum terukir. Manisnya, bisik ati aiman. Sememangnya dia tidak kisah dengan kehadiran saleha. Sekurang-kurangnya di ada teman untuk belajar. Tak lah bosan duduk rumah sorang-sorang. Mak menarik tangan aiman sambil berlalu. Aiman memandang saleha, dia mengeyitkan mata. Aiman-aiman. Nakal. Saleha tersenyum. 

No comments:

Post a Comment