Hujan lebat diluar seakan memahami
perasaan iskandar sekarang, hatinya remuk. Kad jemputan berwarna ungu violet
itu ditenung. Sesak sungguh dadanya. Moodnya berubah sebaik sahaja menerima kad
itu pagi tadi. Nama yang tertera pada kad itu dilihat. Nadia aqilah, nama
yang sudah sebati dalam dirinya. Bagaikan udara yang diperlukan untuk bernafas
dalam setiap detik hidup iskandar. “ ahhhhhhhhh!!! ” Iskandar menjerit sambil disulami bunyi
guruh diluar. Akal sihatnya sudah tidak dapat berfikir buat masa ini. Habis kad
itu direnyukkan. Dia menghempaskan badannya ke katil. Lima tahun dia
menjalinkan hubungan persahabatan bersama gadis itu. iskandar tidak pernah terpikir
yang suatu hari nanti, dia akan kehilangan gadis itu. silapnya juga kerana tidak meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya. " nadia aqilah " nama gadis itu diseru “ Ya allah. Kenapa kau berikan dugaan ini
kepada aku. Aku tak sanggup. Terlalu berat untukku tanggung ya allah” Keluh
iskandar. Tangannya meraup muka. “ nadia Aqilah, kenapa kau boleh pilih azmi,
kenapa?kenapa?. iskandar mengetuk-getuk dahinya. Terasa kusut sangat. Azmi ,
lelaki yang selalu dibenci oleh nadia kini menjadi suaminya. Macam mana boleh
jadi macam tu, bila masa dia orang bercinta..Betul lah kata orang dulu-dulu.
Dari benci boleh timbulnya sayang. Dia cuba menenangkan dirinya. Walaupun nadia
tidak ditakdirkan sebagai isteri, wanita itu masih sahabatnya. I-pod disisinya
dicapai. Lagu bila rasaku ini rasamu kerispatih menjadi pilihannya. Iskandar
memejamkan mata. Bait-bait senikata itu seakan menceritakan isi hatinya
sekarang.Airmata yang ditahan tumpah jua akhirnya.
ku mohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti
reff: aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku
bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi
aku memang terlanjur mencintaimu
tanpa dia
sedari, dia telah pun lena
Tok!tok!tok!
Bunyi ketukan dipintu mengejutkan
iskandar. Lambat-lambat dia membuka mata.
“ tuan iskandar, tuan “ suara
bibik memanggil
Dia bangun menuju kebilik air,
panggilan bibik tidak di jawab dulu.
‘ tuan, tuan iskandar, buka pintu
tuan.” Semakin kuat suara bibik. Macam nak pecah pintu bilik iskandar diketuk.
“ ye bik... saya datang ni.” Pintu
dibuka.” Ada apa bik?. “ tanya is.
“ ibuk, panggil tuan is minum
petang” bibik menjawab. Is hanya menjawab dengan anggukan.
Setelah beberapa minit iskandar
turun. Matanya melilau mencari kelibat mama.
“
hai mama..” iskandar mencium pipi mamanya. Datin maimon menbalas ciuman
anaknya didahi. “ meh...teman mama minum jap,” is duduk. Biskut badam
dihadapannya diambik lalu dikunyah. “ ermmmm....sedap cookies ni...mama buat
ke? “
Kali kedua dia mengambil. Datin
maimon yang melihat is hanya tersenyum. “ is....is...mesti lah mama yang buat.
Dah anak mama ni suka makan cookies.” Kepalanya digeleng-geleng.
“ is dah dapat kad jemputan nadia?”
datin maimon memulakan pembicaraan
“ dah ma..” pendek jawapan is.
” Is pegi ke majlis tu?”
lama....baru is menjawap. “ mungkin kut
mama...tapi tak tau lagi. Is ada discussion dengan tan sri tajuddin pasal
projek dia yang kena saman tu, napa ma?”tanya is.
“ ai...majlis tu kan ari ahad, tak
kan lah ada discussion“.
“ mama bukan tak kenal tan sri tu,
dah dia free ari tu.” Acuh tak acuh sahaja jawapan is.
” tak lah mama tanya je. Tadi
jasmine ada call, tanya pasal is nak pegi ke tidak. Kalau is pegi, dia minta is
temankan dia. Kamu dulukan satu U ’
‘ apa ma....jasmine? tak nak lah
is, pompan tu suka sangat melekat...dah macam lintah dah is tengok. Kalau dah
melekat susah nak tanggal. Geli lah is, ma ”
Datin mainom tersenyum. Is ...is..Dia
paham benar perangai anaknya itu. Dia memang sudah sedia maklum dengan perangai
jasmine. Gadis itu memang sudah lama sukakan iskandar, Cuma hati iskandar sudah
tertutup untuk perempuan lain kecuali nadia aqilah. Takut jugak hati datin
maimon bila menerima kad jemputan dari nadia kemarin, risau bagaimana
penerimaan is tentang perkahwinan nadia. Lama mereka berdua berkawan. Dia
sendiri sudah menganggap nadia sebagai anaknya. Almaklumlah, hanya iskandar
satu-satu anaknya.
Lega sedikit hati datin maimon.
Iskandar sudah berbual-bual dengannya. Sejak pulang dari office tengahari tadi,
iskandar mengurungkan diri . pada pandangan mata kasarnya, anaknya nampak ok
sahaja. Tapi dia tau hati iskandar sedang parah.
“ kuatkan lah hati anak aku Ya
Allah “ doa Datin Maimon didalam hati.
********************************************************************************************************************************************
No comments:
Post a Comment