Thursday, 22 March 2012

Miss Cubby


“ aaachew......aaaaachew. aduhhhh! ” hidung sudah ditenyeh-tenyeh. “ Siapa yang sengal sangat pegi letak bunga atas meja aku ni. Dah tak pasal-pasal cik influenza datang melawat aku pagi ni. Aaaachew “ cecair dari hidung semakin berlumba-lumba untuk keluar, mata semakin merah. kotak tisu disisi ku ambil , berhelai-helai tisu sudah beteraburan diatas meja. Tanganku pantas mengambil jambangan bunga diatas meja. Jambangan itu ku belek sebentar, Kad kecil berbentuk love ku ambil, terus disimpan didalam laci. Biasanya aku hanya menerima kad , jambagan bunga kak intan yang uruskan. Nak buat macammana dah aku satu-satunya pompan kat opis ni yang sensitif pada bunga. Kalau hadiah lain laju je aku ambik lagi-lagi kalau bagi hadiah coklat memang tak sempat sampai rumah dah selamat aku telan, tapi kalau bab bunga ni ada malas sikit aku nak layan.Papa pun hairan dengan aku. Kalau nak tahu, semua nama sebelah arwah mama aku bermula dari nama bunga, nama mama aku pun Seri Orkid. Jangan tak tahu nama aku pun ada nama bunga juga. Mungkin sebab tu kut aku ni alergik pada bunga. Eh...ada kena mengena ke? Nasib kau lah Nurul Jazsmine Hanna. “aaaachew...eh benci betul lah. Dengan segala hormatnya silalah kau ke situ.“ tisu-tisu dan jambangan bunga telah selamat di buangnya. “ Aaaaachew“

“ kenapa ni jazs “ kak intan yang dari tadi melihat kini sudah ada didepan mata
“ tu ha kak.” Aku menjawap soalan kak intan, jari telunjuk ku halakan ke bakul sampah. Tersenyum dia bila melihat punca penyakit aku. Nak buat macam mana. Kak intan mengambil jambangan bunga tu. Berkerut kening aku kerana perbuatan kak intan .

“ tak baik membazir “ balas kak intan yang seakan tau soalan yang akan aku soalkan. Dia ni boleh baca fikiran aku ke?. Seram pula aku tengok minah ni. “ lah. Sape pulak yang letak bunga kat meja kau ni. Boleh pulak terlepas dari check point akak, “ jari kak intan sudah didagu, dah macam detektif conan dah aku tengok. “ Mesti kes orang baru ni jazs. Satu opis dah tau yang kau ni alergik kat bunga. ” sambung kak intan berserta ketawa. Semakin menjadi-jadi sampai dah nak tergolek-golek dah aku tengok dia ni ketawa kan aku. “ ha!!! Jangan-jangan En Ilham kut , dia kan baru kat opis ni.” Kak intan memulakan sesi matchmakernya. Pantang ada lelaki yang datang atau masuk kat syarikat ni. Mesti semuanya dia nak jadi kan boyfriend aku a.k.a bakal suami . Almaklum lah kak intan ni dari bahagian admin, jadi maklumat semuanya kat hujung jari dia je.
 “ dah mula lah tu. Tak kan lah En Ilham nak bagi saya bunga kak. Dia tu peguam syarikat, saya ni cuma setiausaha je. Tak sesuai kak oiiii” aku dah mula nak membebel. “ lagi pun saya ni comel sangat tak sesuai dengan dia yang hensem tu kak. Yang sesuai cume model-model je macam si camelia tu ” kak intan ni pun satu, ada aku yang macam tong dram ni dia nak jodoh kan dengan mamat kedua paling hensem kat opis ni. Opsss yang first tu mesti lah bos aku kan. Walaupun aku tak perasaan yang dia tu hensem. Dah hari-hari mengadap muka mamat tu. Kepala dah lah berat boleh pulak kak intan ni nak bercerita. Dah lah banyak kerja yang tak siap ni. “ aaaaachew “ 

“ Hanna masuk bilik saya sekejap “ suara dari interkom berbunyi. “ baik En Ikbal. “ mamat ni nak apa pulak. Suka sangat panggil aku hanna. Satu opis panggil aku jazs, panggil lan hanna tu hanya family aku je. Sengal punya bos. “ Aduh!!! masa ni lah dia nak panggil. Aku dah lah takde mood tak pasal-pasal nanti aku bertekak dengan dia ni. “ Semua itu hanya terluah perlahan sahaja dari mulut aku. Dah kuli kan kena lah ikut arahan. Tangan pantas mengambil beberapa helai tisu lagi. Beberapa fail dicapai, pantas saja kaki melangkah ke bilik En Ikbal, bos merangkap CEO Mahakarya Holdings. Setelah mendengar arahan , kaki melangkah masuk. Belum sempat En Ikbal membuka mulut, dia dah selamat rebah ke bumi dulu.

No comments:

Post a Comment