Monday, 6 February 2012

Nilai Air Mata 8


Aku bangun dengan muka yang sembab pagi ini. Semalaman aku menangis mengingatkan kata-kata sinis Abang Arman. Mata dah tak boleh nak buka. Tulah kau leha, nangis tak ingat dunia. Sekarang mata dah tak boleh nak buka ni macam mana. Mata dah lah sepet. Aduh memang cari penyakit lah aku ni. Aku mengomel seorang diri. Kaki melangkah ke bilik air. Tangan membuka pili air, muka aku basuh beberapa kali. lama mata aku terpaku pada cermin yang memantulkan imej sendiri. Imej dikaca aku sentuh. Pelahan-lahan aku sentuh bagai cuba menyuntik semangat baru. Apa yang ada pada luaran tidak sama dengan kepedihan yang aku tanggung sendiri didalam hati sekarang. Kenapa aku sentiasa ditimpa dengan pelbagai ujian dari mu Ya Allah. Airmata mengalir lagi. Ya Allah leha, kenapa kau nangis lagi. Air mataku sapu. Mesti mak perasan gila muka aku macam ni. Apa aku nak cakap. Dah lah leha, dari kau buat drama kat sini baik mandi cepat-cepat. Subuh dah nak masuk ni. Aku memotivasikan diri pagi-pagi buta. Sambil tersenyum aku mula menyegarkan diri. Mudah betul mood aku berubah-ubah. Macam ni lah nasib hidup dengan orang. Setelah siap aku melangkah ke almari. Sepasang baju kurung aku sarung kebadan. Telekung diambil dan disarungkan. Suara azan subuh sayup-sayup bergema. Aku duduk diatas sejadah sementara menunggu azan habis. Setelah azan habis, aku memulakan dengan solat sunat 2 rakaat di ikuti dengan 2 rakaat yang wajib. Selesai solat subuh aku sambung dengan bacaan al-quran. Menenangkan hati yang lara. Aku perlu jiwa yang ikhlas untuk meneruskan kehidupan aku mendatang. Dengan ayat-ayat suci ini lah hati aku dapat ditenangkan. Tanpa aku sedari aku terus sahaja mengalunkan ayat-ayat suci sehingga lah aku dikejutkan dengan ketukan dipintu. Bacaan aku habiskan supaya tidak tergantung. Al-quran aku tutup lalu menyimpannya dulu, telekung masih tersarung. Pintu dibuka.
“ assalammualaikum anak mak “ Puan Fatimah memberi salam. Salam disambut oleh saleha pelahan. Satu kucupan singgah didahi saleha.  “ boleh mak masuk. “ saleha mengangguk lalu memberi laluan untuk mak melangkah. Mereka duduk dibirai katil. “ leha tak sihat ke sayang “ mak menyoal. Leha tersenyum, dia tahu mak mesti perasaan akan berubahan pada wajahnya
“ leha salah makan agaknya mak tu yang bengkak sikit muka ni . “ jawapan yang diberi oleh leha menyebabkan Puan Fatimah mengeluh kecil. Dia tahu leha menangis tapi itulah sifat saleha tidak mudah mengadu juga tidak terbuka untuk berkongsi masalah dirinya. Tubuh kecil didepannya dibawa ke pelukan. Kepala leha diusap-usap.
“ macam mana persiapan SPM leha. Dah ok ke sayang, ada apa-apa yang tak cukup “ Puan Fatimah membuka topik untuk mereka berbual. Sudah lama rasanya dia tidak berbual-bual dengan saleha. Dia sibuk dengan urusan restorannya yang sudah semakin maju. mungkin semua ini berkat dia menjaga saleha, kata orang berkat kalau kita menjaga anak yatim tapi bukan itu maksud dia menjaga saleha. dia memang menginginkan anak perempuan dan semuanya adalah rezeki untuknya
“ semuanya cukup mak, semua leha dah ada tinggal tunggu nak ujian je “ senyum terukir dibibir kecil itu. Bertambah sepet mata gadis ini jadinya. Puan Fatimah turut tersenyum, lucu dia melihat wajah comel saleha.
“ baguslah kalau semuanya ada, risau juga mak tengok leha tak mintak apa-apa. Tak macam aiman tu, ada je yang tak cukup. Itu takde lah ini takde lah “ bebel Puan Fatimah. Tersenyum lagi saleha mendengar emaknya membebel. Tubuh saleha ditarik dalam pelukan Puan Fatimah. Lama tubuh kecil itu dipeluk. “ sayang ” lembut suara emak memanggilnya. satu kucupan singgah diubun-ubun leha. Mata mereka bertembung. “ mak sayang leha sangat-sangat “ belakang tubuh gadis itu diusap-usap dengan penuh kasih sayang. Dia harap saleha dapat merasakan keikhlasannya menyayangi gadis ini. “ leha lah satu-satunya anak perempuan yang mak ada. kalau ada apa-apa bagi tau kat mak ye sayang. Janji dengan mak yang leha takkan rahsiakan apa-apa dari mak sayang “  pelukan dikejapkan lagi.
“ terima kasih mak “ hanya itu yang terluah dari mulut saleha..terasa mencurah-curah kasih sayang yang disalurkan melalui pelukan emaknya.
“ mak yang sepatutnya berterima kasih dengan leha “ saleha mengeleng-gelengkan kepalanya
“ tak mak, leha yang terutang budi dengan mak. Terima kasih jaga leha mak. Terima kasih sebab mak sayang leha macam anak kandung mak sendiri. Hanya Allah yang dapat membalasnya mak “ tersedu-sedu saleha. muka dibenamkan didada Puan Fatimah. Terlalu baik sifat wanita dihadapannya ini. Disaat semua orang mencemuh dia dan keluarganya. Masih ada insan yang sudi ‘ mengutipnya’. Bagaimana hidupnya kalau tidak ada keluarga ini.
“ sayang. Mak tak suka leha cakap macam tu. mak tak pernah anggap leha ni orang luar. leha memang anak mak sampai bila-bila sayang. ”  Lama mereka berada dalam keadaan ini. Melayan perasaan masing-masing..
Akhirnya Puan Fatimah meminta diri untuk menyediakan sarapan. Saleha yang ingin membantu dihalang. Puan Fatimah mahu memberi ruang untuk anak gadisnya itu menenangkan diri. Takut ada yang mengganggu fikiran saleha. Lagipun lusa saleha akan menduduki peperiksaan jadi biar lah saleha mempunyai masa untuk belajar. Saleha hanya memandang tubuh emaknya yang semakin menghilang dari pandangan mata. Saleha mengeluh. Bersyukur dia diberikan tempat untuk bergantung.
“ ibu...leha rindu ibu “ Dia perlu bersiap, sudah menjadi rutinnya untuk menziarah kubur ibu setiap pagi sabtu.  Selepas bersiap, saleha melangkah kedapur untuk melihat emak didapur. Emak sudah menyiapkan sarapan, saleha meminta izin dari Puan Fatimah untuk menziarahi kubur ibunya.
“ leha tak nak sarapan dulu ke? mak dah siapkan ni. “ ada nada risau pada suara Puan Fatimah takut pula jadi apa-apa pada saleha nanti . Aiman yang baru duduk dimeja makan ingin menemani saleha  tapi niat dia dihalang emaknya. Tersenyum saleha mendengar. Aiman sudah menarik muncung tanda protes. Saleha memang ingin pergi seorang diri, banyak yang dia mahu bualkan dengan ibunya. Hanya disitu dia akan mendapat ketenangan.
“ takpe lah mak nanti balik leha makan ye, leha nak cepat ni. “ dia tidak mahu terserempak dengan Abang Arman. Masih belum sedia hendak mengadap mukanya. “ leha pergi dulu ye mak, aiman “ tangan emak disalam. Aiman hanya menjeling. Tidak puas hati lah tu.
-----------------------------------------------------------------------------------
“ assalmualaikum ibu “ saleha duduk ditikar yang telah di bentang tadi. Dia mula membaca surah yaasin. Tenang sungguh perasaannya ketika ini. Semua masalah yang bersarat di dalam kepala hilang dengan sendirinya. Dia suka dengan suasana ini. Setelah selesai membaca surah yassin. Saleha membersihkan kawasan kubur ibunya.
“ ibu...leha rindu ibu. “ syahdu suara saleha. ada sendu yang masih bersarang didadanya.
“ ibu..lusa leha nak periksa. Ibu doakan leha ye. Leha akan cuba tunaikan janji leha pada ibu. Ibu nak leha jadi doktor kan. Insyaallah ibu, leha akan usahakan untuk tunaikan janji leha. Walaupun leha tak dapat ubat ibu tapi leha janji akan tolong orang lain. ibu doa kan leha ye” airmata yang mahu gugur ditahan. Tidak mahu ada air mata yang gugur. Segala isi hati diluahkan dihadapan kubur ibunya. Macam-macam cerita yang disampaikan . Walaupun hakikatnya dia tahu yang ibu tidak akan mendengar atau menjawap, tetap sahaja dia meluahkannya. Mungkin ini lah terapi untuk dirinya. Saleha ingin menjadi perempuan yang setabah ibu. Lama dia duduk ‘berbual ‘ dengan ibunya. Kalau orang lain tengok mesti orang ingat dia dah gila. Ah! Biar lah apa orang nak cakap. Selama ini pun dia sudah lali dengan cemuhan dari mulut orang. Sebelum pulang dia membacakan lagi surah yaasin untuk ibu.
“ leha balik dulu ye bu, minggu depan leha datang lagi, assalammualaikum “ dia bangun lalu melipat tikar yang menjadi alas duduknya tadi. Kini sampai masa untuk dia pulang ke rumah. Setiap kali pulang dari kubur hati saleha akan merasa tenang setenangnya

Nilai Air Mata 7


“ man “ aiman dipanggil. Puan Fatimah melangkah ke ruang tamu. Air milo ditangan di serahkan ke aiman.
“ terima kasih mak” aiman tersenyum sambil mengambil cawan yang diulurkan oleh emaknya
“ man dah study?. Mak tengok man asyik tengok tv je.” Puan Fatimah melabuhkan punggung nya sebelah aiman. Arman yang baru keluar dari bilik hjh Naimah turut duduk diruang tamu.
“ man study lah mak. Tiap-tiap malam man baca nota yang leha buatkan untuk man “ aiman menjawab. Arman hanya menjadi pendengar.
“ leha buatkan kau nota man?. Man...man. kau buli si leha ke man? kau jangan ambik kesempatan kat budak tu pulak.” Tidak senang hatinya mendengar apa yang dikatakan Aiman takut membebankan saleha.
“ Bukan macam tu mak, leha yang nak buatkan untuk aiman. Dia kata senang nanti aiman nak ulangkaji. Aiman kan sibuk dengan latihan bola mak” Balas aiman
” mak bukan apa man, mak tengok kau ni asyik main bola je. Pastu balik tengok tv. SPM dah nak dekat man, cuba kau tengok macam leha tu. Mak tengok dia tu tak pernah buang masa. Rajin belajar, rajin pula tolong mak.” Puan Fatimah sudah memulakan ceramah freenya. Aiman tersenyum, suka bila nama saleha disebut - sebut. Arman yang dari tadi menjadi pendengar setia sudah berbulu dengan nama pompan tu.
“ Mak ni sibuk kat restoran man. Takda masa nak tengok kau belajar. Jangan nak ambik kesempatan pula. Ha!! Ni mak nak tanya. Macam mana leha kat sekolah?” risau dengan perubahan leha. “ sekarang mak tengok lain benor si leha tu. Dia ada masalah ke kat sekolah man? “ topik sudah ditukar.
Aiman pun sedar akan perubahan leha. Saleha tidak seceria dulu. Mungkin masih sedih dengan permergian ibunya. Pelbagai masalah yang timbul selepas pemergian ibunya. Semakin teruk pulak saleha dicemuh oleh rakan-rakannya disekolah. Satu keluhan keluar dari aiman tanpa dia sedari. Puan Fatimah menanti jawapan dari aiman. Aiman cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Puan Fatimah. “ maaf kan man mak, man dah janji dengan leha “ aiman berkata dalam hati. Terukir senyum tidak ikhlas dibibir aiman. Teringat dia akan peristiwa di sekolah minggu lepas. Kebetulan dia dan saleha ada aktiviti selepas waktu sekolah. Disebabkan latihan bola sepak habis lewat sedikit dari waktu yang ditetapkan, Dia meminta saleha menunggunya setelah gadis itu selesai study dengan sahabatnya, mila. Silap dia juga kerana mahu sangat saleha berjanji untuk pulang bersama-samanya. Bukan senang nak dapat peluang macam ini. Takkan nak lepaskan macam tu je. Dia tahu kekasihnya seorang yang sentiasa memegang janji sebab itu dia suka mendesak sampai gadis itu berjanji. Sewaktu menunggu aiman selesai, dari jauh dia melihat saleha diserang oleh najwa dan sekutunya. Aiman sudah maklum akan keinginan najwa memilikinya tapi hendak buat macam mana hatinya telah pun dicuri. Laju sahaja kakinya melangkah mendapatkan buah hatinya itu. Melihat sahaja kelibat aiman, najwa dan sekutunya terus angkat kaki. Bila ditanya pada saleha, gadis itu hanya berdiam dan tersenyum. Aiman apa lagi, bila dah lihat senyuman dari bibir gadis pujaannya terus lupa dunia. Sempat juga saleha minta dia berjanji untuk tidak memberitahu Puan Fatimah. Takut mak risau katanya, terpaksa lah aiman akur dengan permintaan buah hatinya itu. Masalah hanya dia yang anggap saleha itu kekasihnya. Huhuhuhuh.
“eh budak ni!!! Orang tanya dia berangan pulak “ ada riak tidak puas hati diwajah Puan Fatimah.
“ tak payah nak ambik tau sangat lah mak. Budak tu ngada-ngada je lebih. Saja nak dapat perhatian. Orang dah tumpangkan pun dah cukup baik. Ingat orang kat umah ni takda kerja ke asyik nak ambik tahu pasal dia. Tak pasal-pasal man ni kena jadi bodyguard dia “ arman menjawab. Tidak tahan asyik mendengar nama budak pungut tu disebut. Asyik-asyik saleha yang dibualkan. Dah tak da cerita lain agaknya. Tersentak aiman dan puan fatimah mendengarnya
“ am dah kenapa ni? Mak tak pernah ajak anak mak macam ni “ lirih sahaja suara puan fatimah. Dia sedar yang arman tidak selesa dengan saleha. Dingin sahaja kelakuan arman dengan saleha. “ leha tu tak pernah nak ambik perhatian am. Dia dah takda sape-sape lagi. Salah ke kalau kita ambik berat pasal dia. Dah mak tak nak dengar am cakap macam tu lagi. Ha!!! Yang am tu. Mak tengok dah tiga bulan am balik. Nak tanam anggur je ke? tak reti-reti nak tolong mak kat restoran tu “ arman pulak yang jadi mangsa mak. Aiman pulak jadi pendengar setia. “ kan dah kena. Yang pegi cari penyakit tu kenapa. Dah tau saleha tu anak emas mak sekarang” ayat tu hanya bermain di kepala aiman sahaja. Aiman tersenyum kambing.

Nilai Air Mata 6


“ Lambat kau balik hari ni “ sergah Arman.
Hampir nak tergugur jantung aku. Buka kasut pun tak sempat lagi. Dekat mana pulak mamat ini tadi. Tak nampak pun. Tetiba je muncul. “ leha ada study group tadi “ balasku. Malas nak layan perangai Abang Arman. Aku tak paham mamat sorang ni. Balik dari UK dah tak sebulu dengan aku. Rasanya aku memang takda buat salah dengan dia ni. Kalau pasal aku duduk rumah dia, yang tu bukan salah aku. Ingat aku nak sangat ke menumpang dekat rumah kau ni. Mak yang ajak aku tau. Sempat lagi leha membebel didalam hati.
Dia meletakkan kasut di rak, terus sahaja kebilik. Semenjak dia duduk dirumah Puan Fatimah, bilik tamu rasmi menjadi biliknya. Bilik itu memang lengkap, siap dengan bilik air lagi, memudahkan kehidupan leha. Setelah siap membersihkan diri, leha menunaikan apa yang wajib bagi seorang hamba kepada penciptanya. Tadi ada juga Mila mengajaknya untuk menunaikan solat asar di surau sekolah tapi dia menolak takut lambat sampai kerumah. Walaupun mak membenarkan dia untuk pulang lambat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja dirumah, leha sedar dia hanya menumpang. Takkan lah dah diberi betis nak peha pulak. Kemudian dia meneruskan kerja-kerja sehariannya. Tidak nampak pulak muka Abang Arman. Macam biskut pun ada mamat ni. Bagus aman sikit dunia aku. Leha berkata-kata pelan. Setelah dipastikan semua siap dan teratur, leha melangkah pula kebilik nenek, Hjh Naimah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Setelah yakin yang dirinya tenang dan bersedia dia memberi salam sambil memulas tombol pintu bilik nenek. Senyum leha. Smile.......
“ assalammualaikum puan “ itu lah yang aku ucapkan. Dah tiga bulan aku mengunakan panggilan itu. Malas nak cari gaduh dengan nenek. Salamku tidak berjawab seperti selalu.
“ puan dah makan? Nak leha ambilkan ? “ aku menyoal. Nenek sudah duduk di kerusi rodanya. Mesti Abang Arman yang dudukkan dia.
“ aku dah makan, kau ingat aku kena tunggu kau ke baru aku boleh makan? kau tak payah nak sibuk-sibuk lagi pasal aku. Cucu aku ada, dia boleh jaga “ nada suara hjh naimah rendah tapi tetap tegas. Tangannya menolak kerusi roda, mahu keluar dari bilik itu.
“ puan nak keluar ke? biar leha tolakkan ye.” Aku mendapatkan nenek. Senyum memang tidak penah lepas dari bibirku. Tapi tanganku ditepis kasar. Perit juga rasanya.
“ kan aku dah cakap tadi. Kau ni memang tak paham bahasa ke? ” suara nenek dah mula meninggi. “ kalau tak naik kan darah aku memang tak boleh ke?”  sambungnya lagi. Dah mula dah. Bisik hati leha, memang nak kena jerit-jerit ke? tak perit ke anak tekak dia ni. Mendengar suara nenek yang dah terpekik-pekik. Arman muncul.
“ nape ni nek?” arman sudah dimuka pintu. “ sampai keluar am dengar suara nenek “ berjalan mendapatkan neneknya
“ ni , pompan kotor ni.” Jari nenek sudah didepan mata leha. Nasib baik tak kena, kalau tak boleh buta. ”Aku dah cakap tak payah sibuk-sibuk nak jaga aku. Cucu aku dah ada “ arman senyum. Entah kenapa senyum dibibir lelaki itu seakan menyakitkan hati leha.
“ kau dah tak payah nak buat baik. Aku boleh jaga nenek aku. Kau boleh tipu mak aku dengan muka seposen kau tu tapi bukan aku. Aku dah biasa jumpa pompam macam kau “ arman  berkata sambil berlalu. Leha melihat arman menolak nenek. Rasa bagai ada pisau yang menusuk dihati leha. Airmata sudah terbit. Semenjak ibu pergi, jiwanya menjadi semakin sensitif. Selama ni dia ikhlas menjaga nenek. Kenapa mesti abang arman cakap begitu kepadanya. Dia berlari kebilknya. Dibilk, dia duduk dilantai bersandar di kaki katil. Lutut dibawa kedada. Kepala dibenamkan ke lutut. 
“ bu...ape salah leha bu. Kenape diorang benci kat leha.  Leha tak susah kan die orang pun bu” leha berkata dalam sendu.   “ Leha rindu ibu. Ibu rindu  kat leha tak? Bila kita nak jumpa bu. Leha nak jumpa ibu...Datang lah kat mimpi leha.  Sekejap pun tak pe. Leha rindu ibu“ lirih suara leha. Meluahkan perasaan, sesungguhnya dia memang merindukan ibunya. Lama dia berkeadaan begitu. Dia tidak mau larut dalam kesedihan lagi. Saleha bangun untuk mengambil wuduk. Al-quran di capai. Dia perlu menenagkan jiwa nya. Suara leha mengalunkan ayat-ayat suci memenuhi ruang di biliknya. Dia merasa ketenangan.
Puan Fatimah baru sahaja pulang dari restorannya. Semenjak saleha tiggal dengannya. Pulang sahaja kerumah pasti gadis itu yang dicari. Pintu bilik leha diketuk. Bila tiada jawapan pintu bilik dibuka. Saleha yang masih bertelekung sedang asyik membaca al-quran, dia hanya tersenyum melihat saleha. Sejuk hati nya setiap kali memandang seraut wajah gadis itu. Perangai saleha memang sudah banyak berubah. Saleha sudah kurang tersenyum, cakap pun hanya bila ditanya. Kadang-kadang risau juga dia dengan perubahan leha, ketara sangat sejak kebelakangan ini tapi dia tidak mahu mendesak saleha. mungkin saleha memerlukan masa.  

Nilai Air Mata 5


Lepas waktu sekolah, saleha melangkah untuk ke perpustakaan sekolah. Dia sudah berjanji dengan kamila sahabat baiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Perpustakaan kelihatan lengang, hanya ada beberapa orang pelajar sahaja. Sambil berjalan mata saleha sempat melilau mencari kamila. Belum sampai lagi kut, saleha bermonolog sendiri. Saleha memilih untuk duduk di meja yang agak tersorok sedikit dari pelajar-pelajar yang lain. Dia sempat mengambil beberapa buku rujukan sebelum duduk tadi. Buku nota dikeluarkan. Buku rujukan diselak-selak, cuba untuk memahami apa yang sedang dibaca. Retina mata yang melihat butiran huruf dihadapnya tidak dapat ditafsirkan oleh otaknya untuk menyimpan sebagai ingatan. Ditambah pulak dengan peperiksaan yang tinggal lagi seminggu, semakin menyesakkan dirinya. Banyak subjek yang masih belum diulangkaji. Arggg!!!!!!!!Ingin sahaja dia menjerit, ingin sahaja dia lenyap dari muka bumi ini. Minta di telan oleh bumi hingga ke dalam terasnya. Banyak dugaan yang terpaksa dia tanggung. Emosinya belum stabil lagi.
Terasa bagai semuanya hanya sebuah mimpi, tapi malangnya itulah takdir yang harus aku terima sekarang. Redhakah aku dengan takdirmu Ya Allah?, mampukah aku menempuhi setiap ujian yang ENGKAU berikan padaku Ya Allah?. Hati ini semakin sebak. Hari  ini sudah genap tiga bulan ibu pergi meninggalkan aku dan ini bermakna sudah tiga bulan jugalah aku menjadi penghuni rasmi dirumah mak. Semua urusan pengebumian ibu diuruskan oleh mak sekeluarga. Aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah menemukan aku dengan keluarga ini. Kalau tidak, tak tahu lah macam mana aku nak uruskan jenazah ibu. Nak harap kan lelaki tak guna itu, berulatlah ibu aku jawabnya. Semenjak dari hari itu aku tidak pernah nampak lagi muka lelaki tak guna itu. Sudah semakin benci aku padanya. Sanggup dia buat ibu macam itu. Malam itu memang tidak mungkin dapat aku lupakan seumur hidupku. Malam aku menjadi anak yatim dan sekaligus piatu.....Ibu.......
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Ya Allah ibu “ leha menjerit. Dengan pantas ibu sudah ada dalam dakapannya. “ ibu, bangun bu. Nape ibu diam je. Bangun lah bu. Ibu tak nak cakap ngan leha ke bu. Bangun lah bu. Jangan tinggalkan leha bu. Leha rayu kat ibu. Bangun lah bu. Bangun lah. Leha janji bu, leha takkan tinggalkan ibu lagi. Maafkan leha bu. Bangun  bu. Bangunlah. Leha mohon bu “ tubuh ibunya digoncang-goncang. Muka ibu sudah kebiruan, badannya sudah sejuk. Airmata  leha sudah mengalir laju. “aiman!!!aiman tolong leha man...ibu...” kata-kata itu tidak dapat keluar dari mulut leha. Tersekat dikerongkongnya. Hanya airmata yang merembes laju. “ ibu, nape ibu tinggalkan leha. Ibu tak sayang leha ke bu ” leha meluahkan perasaannya. Mengharapkan ibu mendengarnya. “ leha mintak maaf bu. Leha tak mampu jadi anak yang terbaik untuk ibu “ leha bisikkan ditelinga ibu. “ leha tak mampu jaga ibu. Leha mintak maaf  bu, leha tak sempat nak bahagiakan ibu. Leha janji bu, leha akan banggakan ibu. halalkan makan minum leha bu, maafkan lah segala kesalahan leha ye bu, leha sayang ibu. Leha sayang ibu sangat-sangat. Mungkin ini yang terbaik , Leha redha bu, leha redha..“  pelukan dieratkan lagi. Satu kucupan leha berikan didahi ibunya. “ innalillahhiwainalillahirajiun “ akhirnya ayat itu terkeluar jugak dari mulut leha. Aiman terpaku, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Seakan baru tersedar , Aiman terus berlari keluar. Saleha terus memeluk ibunya.
 “ awak ok nur? “ kamila memandang muka sahabatnya. Nur saleha Hudda. Risau dia melihat keadaan saleha yang murung kebelakangan ini. Tiada reaksi dari saleha. “ nurl!! awak ok ke? “ mila menyoal lagi. Kali ini nadanya dikeraskan sedikit. Mila memegang bahu sahabatnya.
“ eh...awak mila. Sorry saya tak dengar. Awak cakap ape tadi “ leha seakan baru kembali dari dunianya. Jauh dia mengelamun. “ lama ke awak dah sampai ”. mengalihkan mukanya. Airmata yang tersisa dipipi dilap.
“ baru lagi, nak duduk pun belum sempat lagi. awak dah lame sampai? Awak ok ke nur?“ mila sudah mengeluarkan buku nota.
“ baru jugak, tak lah lama sangat. Saya ok je ” balas leha
“ tu yang sempat beragan tu. Rase nye mesti dah lame kan “ mila melawak. Hidung leha dicuit. Pantang berbual dengan saleha, pasti hidung sahabatnya itu dicuit. Penah juga saleha bertanya kenapa. Jawapannya dia cemburu dengan hidung mancung milik saleha. Sebab itu sekarang dah jadi hobi. 
“ade-ade je lah awak ni. “ balas leha . Mengelengkan kepalanya sambil tersenyum. “ so. Kita nak ulangkaji subjek apa ni awak “ leha menyoal.
“ subjek kimia lah awak . saya nak buat nota kimia, rase macam susah sikit lah nak ingat formula dia “ balas mila.
Buku kimia dibuka. Leha mula melukis peta minda. Sesi ulangkaji mereka bermula. Mereka mengulangkaji beberapa subjek sains tambahan. Saleha dan kamila bertukar-tukar nota dan soalan. Saleha cuba untuk fokus dalam ulangkajinya. Tidak mahu usaha sahabatnya itu sia-sia. Dia tahu mila seorang sahabat yang baik, sentiasa berada disisinya. Saat dia sedih mahupun gembira. Sentiasa memberi semangat. Dia bersyukur kerana sentiasa di kelilingi orang-orang yang prihatin dan sayang kepada dirinya. Dia juga harus menunaikan janji yang sudah dia lafazkan kepada ibu. Berikan lah aku kekuatan Ya Allah. Semoga aku sentiasa menjadi hambamu yang taat, dan tabah mengadapi dugaanmu.

Nilai Air Mata 4


“ Leha, bangun sayang. Napa leha tidur kat sini “ Puan Fatimah memanggil
Badanku digoncang. Dengan berat, mata ku buka. Mata ditenyeh-tenyeh pelan.
“ aduh, sakit nya. “ aku cuba bangun. Tapi semua badan terasa sakit. Kebas... cuba bangun tapi jatuh lagi
“ leha ok ke? “ tanya aiman. Ada resah dimukanya. Aku tersenyum
“ leha ok...thanks aiman.” Balasku sambil cuba untuk bangun. Aku mengeliat, terasa semua urat sendiku kembali ketempat asalnya. Tanpa aku sedari satu senyuman terbit dibibir aiman. Comel betul minah ni. Bisik Aiman dalam hati. Jamku jeling.
“ ya allah. Aku dah lambat ni “ aku mula kelam kabut. Tangan segera mengemas buku-buku yang bersepah diatas meja. Ketiga-tiga pasang mata manusia itu memerhatikan pergerakan aku. Aku yang terasa ada yang melihat terus berdiri tegak. Dah macam nak nyanyi lagu negaraku. aku mencebik.
“ napa leha...” mak yang sudah perasan perubahan riak muka aku, mula nak ketawa. Akhirnya ketawa ketiga-tiga manusia itu pecah. Dah macam nak roboh rumah batu mak. Aku hanyu mengaru kepala yang tidak gatal.
“ mak...am naik dulu ye. “ arman bersuara
“ eh!! Am kejap. Mak nak kenal kan am ngan leha “ mak menghalang arman dari pergi.
“ alah...nanti-nanti lah mak. Am penat ni. Nak mandi, dah melekit-lekit ni. “ arman sudah hilang. Arman menbawa beg dan terus kebiliknya.  
Baru aku perasaan ada orang lain selain mak dan aiman. Hanya memandang dari jauh. Ah mesti itu abang arman. Aku memandang dengan ekor mata. Sombong orangnya. Ah! Biarlah leha, esok-esok kau jumpa jugak dengan mamat ni. Aku kembali meneruskan perbualan dengan mak.
“ mak , nak makan ke? Leha dah siap kan kat dapur. “ soal ku sambil memasukkan buku pelajaraan kedalam beg sandangku. Aku berlalu kedapur, mak membontotiku.
“ tak pe lah leha. Kami dah makan kat luar tadi “ balas mak
Susah-susah aku masak dia orang boleh makan kat luar. Wat penat je. Nasib kau lah leha. Hmmmm. kata-kata itu cuma aku luahkan dalam hati. Aku terus mengemas meja makan tadi.
“ tak payah kemas leha, biar kan je. Nanti mak kemas. “
“ kalau cam tu leha balik dulu ya...dah lewat ni.  “ aku meminta diri.  
“ aiman. Tolong mak anta leha ni. Dah malam. “ arahan mak kepada aiman
“ tak payah lah mak. Baru pukul 9 lebih. “ aku cuba menolak permintaan mak
“ biasa kan leha balik pukul 8. Ni dah lambat ni, mak suruh aiman anta ye “ lirih suara mak. Aku tau yang aku sudah tidak mampu untuk menolak. Hanya mengangguk. Aku pun tidak mahu melambat-lambatkan masa. Risau keadaan ibu dirumah. Beg sandang kuambil. Mak mengantar aku kepintu sambil menunggu aiman.
“ jom leha..” aiman sudah teruja. Memang ini yang selalu di nanti-nanti kan nya.
Aku dan aiman menyalami mak. Kami berlalu. Kami hanya berjalan kaki, memandang kan rumah aku dan aiman hanya 3o minit sahaja. Perjalanan kami hanya ditemani bulan dan bintang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. 
“ dah study untuk exam nanti? “ aiman memulakan perbualan. Muka leha dipandang.
“ lum lagi aiman. Masih banyak lagi yang belum study. Aiman cam ne? “ balas ku. Mata bertentang mata. Dua-dua terdiam. Aku senyum, mengalihkan pandangan kembali kedepan
“ nanti boleh lah kita study sama-sama ye leha “ cadang aiman. Aku hanya mengangguk.
“ tapi subjek teras je lah. Aiman tak macam budak tu. Pandai, ramai peminat “ dia mula mahu meyakat leha.
“ apa aiman cakap ni, kita sama je lah. Tak de yang pandai atau yang kurang pandai. Siap cakap orang ramai peminat lagi, tak sesuai k. ” kening ku berkerut. Entah apa-apa lah aiman ni . ada je kalau nak menyakat.
“ betul lah apa yang aiman cakap, leha memang ramai peminat kan...kan...kan...” aiman belum puas lagi
“ aiman...bila masa leha ada ramai peminat ni. Sape lah yang suka kat leha ni. Leha tak de apa-apa aiman “ lirih suara leha. Ada sendu dalam bicara leha. Dia tahu banyak yang mengata leha disekolah. Tapi dia tak nafikan, dalam diam ramai juga yang meminati gadis disisinya itu. Gadis yang sempurna untuk dijadikan isteri serta ibu kepada kaum yang bergelar adam. Aiman sudah rasa bersalah, niatnya hanya untuk bergurau. Tak sangka pulak leha boleh terasa
“ ada...leha je yang buat-buat tak perasan.” Aiman cuba menenangkan perasaan leha.
“ entah lah man. Leha tak pikir pasal semua tu. Buat masa ni, yang leha pikir hanya nak belajar je.  “ mengharapkan pegertian aiman. Leha tidak mahu meneruskan perbualan itu. Senyap sunyi.  
“ aku yang suka kat kau leha, kenapa kau tak perasan “ aiman berkata perlahan. Seakan berbisik.
“ aiman cakap dengan leha ke?” aiman terkejut dengan soalan leha
 sory leha tak dengar “ memang leha tidak mendengar bicara aiman. Terlalu perlahan untuk ditangkap oleh telinga leha.
“ eh!!!!mane ada. Perasan lah leha ni. Aiman nyanyi je tadi “ aiman cuba menyangkal. Rasa malu pulak dia dengan ketelanjuran kata-katanya. Muka aiman sudah terasa bahang.
Perjalanan yang dirasakan lambat itu berakhir jugak.
“ terima kasih man, teman kan leha balik “
“ kasih leha aiman terima “ aiman cuba melawak. Kemudian dua-dua tersenyum
Keadaan rumah leha yang gelap membuatkan hatinya tiba-tiba tidak sedap. Kaki laju mengatur langkah. Lampu dibuka. Cahaya yang suram memenuhi ruang rumah leha. Bimbang akan keselamatan leha dan ibu leha. Aiman mengekorinya.
“ ya allah ibu “ leha menjerit.......

Nilai Air Mata 3


Penerbangan dari united kindom ke malaysia telah selamat mendarat. Setelah selesai menguruskan pasport dan beg, Arman keluar dari balai ketibaan sambil mata melilau mencari kelibat orang yang menunggunya. Kepalanya ditinggikan  apabila terdengar namanya disebut. Terlihat aiman dan mak yang sedang melambai-lambai. Trolinya di tolak menuju kearah mereka. 
“ apa kabar mak, sihat?  “ tangan mak disalam , kemudian arman memeluk maknya
“ mak sihat am, am sihat ? “ pelukan arman dilepaskan. Airmata kegembiran sudah hampir menitis. Selama empat tahun anaknya tidak pernah pulang. Macam-macam alasan yang diberikan. Dia tahu yang arman masih bersedih atas pemergian ayahnya. Dia bersyukur akhirnya arman sudi pulang. Melihat situasi itu , aiman berdehem ...
“ ehem...ehem....tak ingat ke ade orang lain kat ci ni “  aiman buat-buat merajuk
“ eh...adik abang ke ni, dah ehsem sangat. Tu yang abang tak perasan “ kepala aiman diluku-lukunya.
“ ape ni abang, abis lah rambut aiman “  arman tersenyum
Mereka berjalan menuju ke kereta. Niat arman untuk memandu tidak kesampaian. dia agak kekok dengan keadaan dan jalan disini. Banyak yang sudah berubah. Sepanjang perjalanan mereka sekeluarga bertukar-tukar cerita.

“ asaalamualaikum nek “ pintu bilik hjh naimah dibuka
“ kao nak ape ha!!!! Bila mase aku jadi nenek kao “ hjh naimah menengking. Salam hanya dijawap didalam hati.
“ leha nak siap kan nenek, jap lagi abang arman nak balik, dia kan dah lama tak jumpe nenek. nenek kena lah wangi-wangi, cantik-cantik “
“ ooooo,,,selama ni aku busuk lah, kao nak cakap aku ni buruk lah ya.....eh bodoh!!!! Mane ade orang tua dalam dunia ni yang cantik “
“ kita mandi dulu ye nek” leha menjawab lembut sambil tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai hjh naimah. Malas untuk dia membalas kata-kata orang tua itu. Semenjak dia memjejakkan kaki dirumah ini, hjh naimah memang tidak sebulu dengan nya. Ada sahaja yang saleha buat tidak kena pada pandangan orang tua itu. Disamping membuat kerja rumah, leha juga membantu mak untuk menjaga nenek. Semua dilakukan leha walaupun selalu sahaja dia dimarah, dimaki oleh hjh naimah. Dia tetap ikhlas melakukan nya. Laju sahaja tangannya menbuka baju hjh naimah. Dia hanya mengelap badan nenek, biasanya kalau ada aiman, baru nenek mandi dibilik air. Bukan dia hendak curi tulang, tapi kudratnya tidak mampu untuk mengangkat hjh naimah. Takut sekiranya berlaku sesuatu pada hjh naimah nanti. setelah siap, leha menyuapkan makan malam untuk neneknya. Bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman. Walaupun telinganya sudah torek dengan bebelan hjh naimah. Tengah makan pun masih sempat nak membebel. Sabarlah leha, dah nasib kau cam ni....
Mulut hjh naimah dilap. Bekas-bekas ubat untuk nenek telah dikeluarkan
“ nenek makan ubat dulu ye “
“ hei pompan!!! Aku bukan nenek kau lah bodoh, kao ni pekak ke “ kepala saleha ditunjal-tunjal
Leha sudah malas hendak melayan. Nanti makin lambat pulak orang tua ni nak makan ubat.
“ puan ...makan ubat dulu ye “
Ubat ditangan dirampas. Ubat telah selamat ditelan oleh nenek. Air digelas diteguk habis. Saleha membetulkan bantal hjh naimah.
“ puan tidur dulu ye, nanti mak dah balik leha suruh dia kejut kan puan.. “
Leha kembali kedapur, hjh naimah telah pun lena. Hidangan untuk makan malam sudah disiapkan oleh saleha. Semua kerjanya sudah selesai, dia hanya perlu menunggu mak pulang sahaja. Sambil menunggu dia mengulangkaji pelajarannya.
Begitu lah kegiatannya hari-hari. Mata yang semakin berat ingin sekali ditutup. buku dihadapan mata nya sudah semakin kelabu. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Nilai Air Mata 2


Selesai membersihkan diri dan solat, aku mengemas rumah. Memang itu lah tugas aku hari-hari. Tidak sampai hati membiarkan ibu yang sakit membuat kerja rumah. Seperti lipas kudung dia membuat kerja. Setelah dipastikan bersih dan kemas. Aku mendapatkan ibu.
“ bu, leha nak pegi umah mak ni, dah terlambat pulak. “ tangan ibu ku salam. Kalsom mengusap-usap kepala anaknya.
“ ati-ati ye jalan ”.  aku berlalu. kalsom menghantar anaknya hanya dengan pandangan dan senyuman. Sakit dibadan sudah tidak terperi. Dia tidak mahu saleha melihat dia kesakitan. Airmata kembali menjadi teman kalsom. air mata yang seakan tidak ada nilai nya, terus-terus saja mengalir. ”maaf kan ibu leha “ hanya itu yang mampu dia ucapkan .

**********************************************************************************************************************************************
Setelah sampai di banglo dua tingkat milik Puan Fatimah ( mak angkat aku ) , aku terus memulakan tugas. Membasuh, mengosok, macam-macam lagi lah.Aku menjadi pembantu part time dirumah itu. Walaupun mak tidak pernah mengangap aku pambantunya. So kira macam aku kerja lah jugak ni. Biasa lah aku, tak suka menerima ihsan dari orang. Dapat lah menampung perbelanjaan aku dengan ibu. Aku tersenyum.Banyak benda yang perlu disiapkan hari ini. Hari ini Arman anak pertama mak akan pulang. Tambahlah lagi satu penghuni kat banglo ini. Opsss...lupa aku nak bagi tau....kat umah ini ada mak, aiman dan hjh naimah. Mak mertua mak, biasa lah orang tua, cerewet. Tambah lagi dia dapat strok. Ermm....sabar je lah leha. Bibir terukir senyuman lagi. Mak menyuruh aku memasak ari ini. Seram jugak, abang arman tu baru balik dari ovedesea, makan ke dia masakkan kampung ni. Ah bantai je lah. Laju sahaja tangannya menyediakan barang. Menu ari ini asam pedas ikan pari, sayur air bayam , telur dadar, sambal belacan, ai banyak lagi lah. Yummy.yummy. dah nak terliur ni.
Dari jauh Puan Fatimah memerhatikan saja telatah saleha. Kesian dia melihat nasib budak itu. Saleha pada mata fatimah.Seorang yang cantik, mempunyai sepasang mata yang redup, kulit yang putih, fatimah suka melihat anak mata saleha, mampu menenangkan jiwa. Sama macam mata ibunya. Kalsom. Fatimah mengeluh. Teringat die peristiwa mula-mula dia mengenali gadis comel itu di kedai runcit Pak Mat. Keadaan yang kelam kabut masa itu menyebabkan Fatimah terlanggar saleha. Tanpa dia sedari dompetnye terjatuh. Saleha lah yang memulangkannya. Pengenalan di kedai itu membuatkan fatimah semakin ingin mengenali gadis itu. Tanpa jemu fatimah mendekati gadis itu. Sehinggalah saleha membawanya kerumah dan bertemu ibunya , kalsom. Semua masalah keluarga gadis itu telah diketahuinya. Mulai dari hari itu, saleha menjadi anak angkatnya. Nafas dihembus. Kalsom-kalsom. Sungguh tabah wanita itu, dulu dia selalu merungut megenangkan nasib dirinya yang sudah kematian suami. Tapi bila teringat kisah kalsom. Fatimah bersyukur. Tak ada suami lagi baik dari ada suami macam setan. Sakit hati fatimah.
DONG!!DONG!! DONG!!  bunyi jam mematikan lamunan fatimah. Kaki dilangkah mendapatkan anak gadisnya.
“ lambat leha datang ari ni” terkejut saleha bila disergah.  “ allah hu akhbar, terkejut leha mak” dadaku urut-urut. Terbang sekejap semangatku. “ maaf-maaf, mak tak bermaksud nak kejutkan leha. tu lah buat keje berangan je. Nanti dapat suami tua baru tau “ mak megusiknya. Saleha tersenyum. “ ari ni leha, lambat sikit lah mak. Ibu kurang sihat “ aku menipu . “maafkan leha mak ” ayat itu hanya mampu aku luah didalam hati. “ lah, nape tak bagi tau kat mak. Ibu batuk-batuk lagi ke. Abis leha datang ni, ibu macam mane “ timbul tanda tanya di hati fatimah. Setahu dia, sakit kalsom sudah beransur pulih. Sakit apa pulak kalsom ni. Dibiarkan saja soalan mak tanpa berjawap. Saleha yang mula rase dirinya akan terus disoal siasat , menyambung kerja. Takut nanti tak sempat pulak. Dia perlu pulang awal ari ni. Suasana didapur menjadi sepi seketika. Masing-masing hanya mengelamun. Tanpa mereka sedari. Aiman melangkah kedapur. Muka saleha dipandang.
“ ai....senyap je....malaikat lalu ke “ aiman menceriakan suasana. Die memeluk emaknya dari belakang. Pipi maknya dicium.
“ banyak lah awak punya malaikat “ aku menjawap sambil menyelir lidah. Aiman anak kedua mak. Satu sekolah dengan aku. Tapi tak sama kelas, dia ambik cos perniagaan. Macam aku pandai sikit, sains tulen...sempat lagi nak berlagak. Aku berkata-kata dalam ati. Sambil tersenyum-senyum.
“ yang tersenyum-senyum tu nape..., mesti ingat kat man kan leha. “ sengaja dia hendak mengenakan leha.Mak hanya mengelengkan kepala. Leha mencebik , kemudian lidarnya dijelir lagi.
“ nak kena potong ke lidah tu, terjelir-jelir. Dah macam kawan awak kan depan tu “ sesi peperangan mulut bermula.
“ amboi-amboi, sedap nye mulut tu berkata-kata. “ aku membalas. Aiman sudah menunjukkan isyarat gunting dengan jarinya
“ dah-dah , kamu jangan nak mula aiman, pantang berjumpe asyik nak gaduh je. ” Mak ‘membacking’ aku. Keningku angkat-angkat tanda suka. Senyum terukir. Manisnya, bisik ati aiman. Sememangnya dia tidak kisah dengan kehadiran saleha. Sekurang-kurangnya di ada teman untuk belajar. Tak lah bosan duduk rumah sorang-sorang. Mak menarik tangan aiman sambil berlalu. Aiman memandang saleha, dia mengeyitkan mata. Aiman-aiman. Nakal. Saleha tersenyum. 

Nilai Air Mata 1



Sudah menjadi kebiasaan bagi Saleha pulang dari sekolah dengan berjalan kaki. Bukan tiada rakan atau guru yang mahu menghantarnya pulang. Tapi dia lebih selesa berjalan kaki. Tidak suka membebankan orang lain. Sudah banyak dia dan ibu menerima ihsan dari orang. Tidak sanggup dia termakan budi orang lagi. Saleha memang seorang pelajar yang pandai disekolah. Dia juga seorang rakan yang baik. Selalu sahaja membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sikap itulah yang selalu menbuatkan dia disenangi oleh banyak orang
Peluh-peluh kecil mula terbit dimuka. Matahari pula terasa terik hari ini. Mukanya yang putih sudah pun kemerah-merahan menahan panas matahari. Dia meneruskan perjalanan pulang yang dirasakan agak panjang hari ini. Satu keluhan keluar dari mulut kecil itu. Terlalu sarat rasa kepala memikirkan nasib diri. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM. Semakin hari  semakin menghampiri dirinya. Memang dia terdiri dari pelajar yang pandai dan cepat faham disekolah. Tapi disebabkan kesusahan hidup , membuatkan saleha hilang keyakinan untuk berjaya. 
“ Sabar lah bu. Leha pasti ubah nasib kita. Ibu jangan pernah putus harapan dengan leha ye. Leha cume ada ibu sorang je. Bertahan lah untuk leha bu “. Aku bermonolog didalam hati. Terukir sebuah senyuman dibibirnya.
sampai saja leha dirumah. Aku sudah terdengar suara ibu menjerit-jerit. Langkah kaki dilajukan. Pintu depan yang sudah terbuka luas semakin mendebarkan dada leha. Dia berlari masuk tanpa memberi salam. Mencari-cari ibu.
“ Ya allah Ayah. Apa yang ayah dah buat kat ibu ni “ Laju aku berlari kearah ibu. Beg sekolah dan buku-buku telah selamat dicampak diatas lantai. Bibir ibu sudah pun berdarah. Air mata sudah mengalir laju. Tidak habis-habis masalah yang datang.
“ kau diam , jangan masuk campur urusan aku. “ sergah dollah. Tangan nya sedang rakus perampas sesuatu dari leher isteri nya. Leha memandang ayahnya. Kemudian dia memukul-mukul lengan lelaki itu .
“ lepas kan ibu, ayah. Leha merayu kat ayah ” satu penampar melekat di muka leha. Terduduk dia dilantai.
“ jangan bang , jangan ambik rantai ni. Ni lah satu-satu nye harta yang saya ada bang. Tolong lah. “  kalsom merayu-rayu pada suaminya. Angin dollah sudah memuncak.
“ hei pompan!!. Kau ni memang tak sedar diri. Susah payah aku kutip kau dulu ha. Kau tak ingat semua tu. Sekarang ni bila aku mintak barang kau, kau dah tak kasi. Memang pompan sundal.” Airmata kalsom sudah semakin deras. “ sampai ati abang cakap cam tu kat saya, bang “ suara ibu sudah tengelam timbul. Aksi tarik menarik masih berlanjutan. Aku bangun dan berlari kebilik. “ aku kena buat sesuatu, kalau tak abis ibu teruk kena belasah “ dia berkata-kata sendiri. Ini bukan kali pertama dia dan ibu makan penampar. Dah banyak kali. Setakat sepak terajang ayah dia dah biasa. Biarlah dia yang kena. Jangan ibu. Aku ingat lagi ibu pernah patah tangan dikerjakan ayah. nafas  aku tarik dalam-dalam. Mesti ayah kalah judi lagi. Kalau tak mesti dia tak balik. Ayah buat umah ni dah macam bank. Kalah je balik cari duit. Tapi bila menang jalan balik kerumah dah tak nampak. Bila agak nya ayah nak insaf. Dia sentiasa berdoa semoga satu hari ayahnya boleh berubah. Suara jeritan ibu menghentikan lamunannya. Pantas dia mencapai tabung milo kesayangannya. Dia memeluk lama tabung itu. “ tak pelah, untuk ibu. Duit boleh cari lagi leha “ aku memujuk ati. Kemudian aku berlari mendapatkan ibu . “ ni ayah, ambik duit leha, jangan pukul ibu lagi.” Mendengar tawaran yang dibuat oleh leha. Dollah melihat anaknya. Leher ibu sudah dilepaskan. “ ha!!!. Cuba dari tadi kau kasi duit ni kat aku...tak lah teruk ibu kau ni aku keje kan.” Senyum terukir di bibir Dollah. “ bagus anak ayah ni “ dollah mencubit pipi leha sambil berlalu. “ leha...., kenape leha bagi tabung tu, kan leha nak gunakan duit tu untuk sambung belajar. “ perlahan suara ibu. Aku mengelap darah di bibir ibu. Dahi aku dicium.Terasa syahdu seketika. Ibu dipeluk. “ tak pelah bu, nanti leha boleh cari lagi, lagipun leha kan pandai..mesti boleh dapat biasiwa punye.hahahaha ” tawa yang sengaje dibuat-buat leha . Kalsom seakan megerti penderitaan yang dialami anak nya itu. “ maaf kan ibu , ibu tak dapat bagi kebahagian pada leha. “ anaknya dipeluk. Aku membalas pelukan ibu. “ ibu....tak payah lah mintak maaf....leha tak perlukan apa-apa....sebab ibu adalah kebahagian buat leha.” Dia berbisik pada ibu.Senyuman yang paling manis leha berikan untuk ibu. Mereka berpelukan.