“ aaachew......aaaaachew. aduhhhh!
” hidung sudah ditenyeh-tenyeh. “ Siapa yang sengal sangat pegi letak bunga
atas meja aku ni. Dah tak pasal-pasal cik influenza datang melawat aku pagi ni.
Aaaachew “ cecair dari hidung semakin berlumba-lumba untuk keluar, mata semakin
merah. kotak tisu disisi ku ambil , berhelai-helai tisu sudah beteraburan
diatas meja. Tanganku pantas mengambil jambangan bunga diatas meja. Jambangan
itu ku belek sebentar, Kad kecil berbentuk love ku ambil, terus disimpan
didalam laci. Biasanya aku hanya menerima kad , jambagan bunga kak intan yang
uruskan. Nak buat macammana dah aku satu-satunya pompan kat opis ni yang
sensitif pada bunga. Kalau hadiah lain laju je aku ambik lagi-lagi kalau bagi
hadiah coklat memang tak sempat sampai rumah dah selamat aku telan, tapi kalau
bab bunga ni ada malas sikit aku nak layan.Papa pun hairan dengan aku. Kalau
nak tahu, semua nama sebelah arwah mama aku bermula dari nama bunga, nama mama
aku pun Seri Orkid. Jangan tak tahu nama aku pun ada nama bunga juga. Mungkin
sebab tu kut aku ni alergik pada bunga. Eh...ada kena mengena ke? Nasib kau lah
Nurul Jazsmine Hanna. “aaaachew...eh benci betul lah. Dengan segala hormatnya
silalah kau ke situ.“ tisu-tisu dan jambangan bunga telah selamat di buangnya. “
Aaaaachew“
“ kenapa ni jazs “ kak intan yang
dari tadi melihat kini sudah ada didepan mata
“ tu ha kak.” Aku menjawap soalan
kak intan, jari telunjuk ku halakan ke bakul sampah. Tersenyum dia bila melihat
punca penyakit aku. Nak buat macam mana. Kak intan mengambil jambangan bunga
tu. Berkerut kening aku kerana perbuatan kak intan .
“ tak baik membazir “ balas kak
intan yang seakan tau soalan yang akan aku soalkan. Dia ni boleh baca fikiran
aku ke?. Seram pula aku tengok minah ni. “ lah. Sape pulak yang letak bunga kat
meja kau ni. Boleh pulak terlepas dari check point akak, “ jari kak intan sudah
didagu, dah macam detektif conan dah aku tengok. “ Mesti kes orang baru ni jazs.
Satu opis dah tau yang kau ni alergik kat bunga. ” sambung kak intan berserta ketawa.
Semakin menjadi-jadi sampai dah nak tergolek-golek dah aku tengok dia ni ketawa
kan aku. “ ha!!! Jangan-jangan En Ilham kut , dia kan baru kat opis ni.” Kak
intan memulakan sesi matchmakernya. Pantang ada lelaki yang datang atau masuk
kat syarikat ni. Mesti semuanya dia nak jadi kan boyfriend aku a.k.a bakal
suami . Almaklum lah kak intan ni dari bahagian admin, jadi maklumat semuanya
kat hujung jari dia je.
“ dah mula lah tu. Tak kan lah En Ilham nak
bagi saya bunga kak. Dia tu peguam syarikat, saya ni cuma setiausaha je. Tak
sesuai kak oiiii” aku dah mula nak membebel. “ lagi pun saya ni comel sangat tak
sesuai dengan dia yang hensem tu kak. Yang sesuai cume model-model je macam si
camelia tu ” kak intan ni pun satu, ada aku yang macam tong dram ni dia nak
jodoh kan dengan mamat kedua paling hensem kat opis ni. Opsss yang first tu
mesti lah bos aku kan. Walaupun aku tak perasaan yang dia tu hensem. Dah
hari-hari mengadap muka mamat tu. Kepala dah lah berat boleh pulak kak intan ni
nak bercerita. Dah lah banyak kerja yang tak siap ni. “ aaaaachew “
“ Hanna masuk bilik saya sekejap “
suara dari interkom berbunyi. “ baik En Ikbal. “ mamat ni nak apa pulak. Suka
sangat panggil aku hanna. Satu opis panggil aku jazs, panggil lan hanna tu
hanya family aku je. Sengal punya bos. “ Aduh!!! masa ni lah dia nak panggil.
Aku dah lah takde mood tak pasal-pasal nanti aku bertekak dengan dia ni. “ Semua
itu hanya terluah perlahan sahaja dari mulut aku. Dah kuli kan kena lah ikut
arahan. Tangan pantas mengambil beberapa helai tisu lagi. Beberapa fail
dicapai, pantas saja kaki melangkah ke bilik En Ikbal, bos merangkap CEO
Mahakarya Holdings. Setelah mendengar arahan , kaki melangkah masuk. Belum
sempat En Ikbal membuka mulut, dia dah selamat rebah ke bumi dulu.