Thursday, 22 March 2012

Miss Cubby


“ aaachew......aaaaachew. aduhhhh! ” hidung sudah ditenyeh-tenyeh. “ Siapa yang sengal sangat pegi letak bunga atas meja aku ni. Dah tak pasal-pasal cik influenza datang melawat aku pagi ni. Aaaachew “ cecair dari hidung semakin berlumba-lumba untuk keluar, mata semakin merah. kotak tisu disisi ku ambil , berhelai-helai tisu sudah beteraburan diatas meja. Tanganku pantas mengambil jambangan bunga diatas meja. Jambangan itu ku belek sebentar, Kad kecil berbentuk love ku ambil, terus disimpan didalam laci. Biasanya aku hanya menerima kad , jambagan bunga kak intan yang uruskan. Nak buat macammana dah aku satu-satunya pompan kat opis ni yang sensitif pada bunga. Kalau hadiah lain laju je aku ambik lagi-lagi kalau bagi hadiah coklat memang tak sempat sampai rumah dah selamat aku telan, tapi kalau bab bunga ni ada malas sikit aku nak layan.Papa pun hairan dengan aku. Kalau nak tahu, semua nama sebelah arwah mama aku bermula dari nama bunga, nama mama aku pun Seri Orkid. Jangan tak tahu nama aku pun ada nama bunga juga. Mungkin sebab tu kut aku ni alergik pada bunga. Eh...ada kena mengena ke? Nasib kau lah Nurul Jazsmine Hanna. “aaaachew...eh benci betul lah. Dengan segala hormatnya silalah kau ke situ.“ tisu-tisu dan jambangan bunga telah selamat di buangnya. “ Aaaaachew“

“ kenapa ni jazs “ kak intan yang dari tadi melihat kini sudah ada didepan mata
“ tu ha kak.” Aku menjawap soalan kak intan, jari telunjuk ku halakan ke bakul sampah. Tersenyum dia bila melihat punca penyakit aku. Nak buat macam mana. Kak intan mengambil jambangan bunga tu. Berkerut kening aku kerana perbuatan kak intan .

“ tak baik membazir “ balas kak intan yang seakan tau soalan yang akan aku soalkan. Dia ni boleh baca fikiran aku ke?. Seram pula aku tengok minah ni. “ lah. Sape pulak yang letak bunga kat meja kau ni. Boleh pulak terlepas dari check point akak, “ jari kak intan sudah didagu, dah macam detektif conan dah aku tengok. “ Mesti kes orang baru ni jazs. Satu opis dah tau yang kau ni alergik kat bunga. ” sambung kak intan berserta ketawa. Semakin menjadi-jadi sampai dah nak tergolek-golek dah aku tengok dia ni ketawa kan aku. “ ha!!! Jangan-jangan En Ilham kut , dia kan baru kat opis ni.” Kak intan memulakan sesi matchmakernya. Pantang ada lelaki yang datang atau masuk kat syarikat ni. Mesti semuanya dia nak jadi kan boyfriend aku a.k.a bakal suami . Almaklum lah kak intan ni dari bahagian admin, jadi maklumat semuanya kat hujung jari dia je.
 “ dah mula lah tu. Tak kan lah En Ilham nak bagi saya bunga kak. Dia tu peguam syarikat, saya ni cuma setiausaha je. Tak sesuai kak oiiii” aku dah mula nak membebel. “ lagi pun saya ni comel sangat tak sesuai dengan dia yang hensem tu kak. Yang sesuai cume model-model je macam si camelia tu ” kak intan ni pun satu, ada aku yang macam tong dram ni dia nak jodoh kan dengan mamat kedua paling hensem kat opis ni. Opsss yang first tu mesti lah bos aku kan. Walaupun aku tak perasaan yang dia tu hensem. Dah hari-hari mengadap muka mamat tu. Kepala dah lah berat boleh pulak kak intan ni nak bercerita. Dah lah banyak kerja yang tak siap ni. “ aaaaachew “ 

“ Hanna masuk bilik saya sekejap “ suara dari interkom berbunyi. “ baik En Ikbal. “ mamat ni nak apa pulak. Suka sangat panggil aku hanna. Satu opis panggil aku jazs, panggil lan hanna tu hanya family aku je. Sengal punya bos. “ Aduh!!! masa ni lah dia nak panggil. Aku dah lah takde mood tak pasal-pasal nanti aku bertekak dengan dia ni. “ Semua itu hanya terluah perlahan sahaja dari mulut aku. Dah kuli kan kena lah ikut arahan. Tangan pantas mengambil beberapa helai tisu lagi. Beberapa fail dicapai, pantas saja kaki melangkah ke bilik En Ikbal, bos merangkap CEO Mahakarya Holdings. Setelah mendengar arahan , kaki melangkah masuk. Belum sempat En Ikbal membuka mulut, dia dah selamat rebah ke bumi dulu.

Tuesday, 13 March 2012

Pendengar setia ku


Hujan lebat diluar seakan memahami perasaan iskandar sekarang, hatinya remuk. Kad jemputan berwarna ungu violet itu ditenung. Sesak sungguh dadanya. Moodnya berubah sebaik sahaja menerima kad itu pagi tadi. Nama yang tertera pada kad itu dilihat. Nadia aqilah, nama yang sudah sebati dalam dirinya. Bagaikan udara yang diperlukan untuk bernafas dalam setiap detik hidup iskandar. “ ahhhhhhhhh!!! ” Iskandar menjerit sambil disulami bunyi guruh diluar. Akal sihatnya sudah tidak dapat berfikir buat masa ini. Habis kad itu direnyukkan. Dia menghempaskan badannya ke katil. Lima tahun dia menjalinkan hubungan persahabatan bersama gadis itu. iskandar tidak pernah terpikir yang suatu hari nanti, dia akan kehilangan gadis itu. silapnya juga kerana tidak meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya. " nadia aqilah " nama gadis itu diseru “ Ya allah. Kenapa kau berikan dugaan ini kepada aku. Aku tak sanggup. Terlalu berat untukku tanggung ya allah” Keluh iskandar. Tangannya meraup muka. “ nadia Aqilah, kenapa kau boleh pilih azmi, kenapa?kenapa?. iskandar mengetuk-getuk dahinya. Terasa kusut sangat. Azmi , lelaki yang selalu dibenci oleh nadia kini menjadi suaminya. Macam mana boleh jadi macam tu, bila masa dia orang bercinta..Betul lah kata orang dulu-dulu. Dari benci boleh timbulnya sayang. Dia cuba menenangkan dirinya. Walaupun nadia tidak ditakdirkan sebagai isteri, wanita itu masih sahabatnya. I-pod disisinya dicapai. Lagu bila rasaku ini rasamu kerispatih menjadi pilihannya. Iskandar memejamkan mata. Bait-bait senikata itu seakan menceritakan isi hatinya sekarang.Airmata yang ditahan tumpah jua akhirnya. 

ku mohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti
reff: aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku

bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi
aku memang terlanjur mencintaimu

tanpa dia sedari, dia telah pun lena


Tok!tok!tok!
Bunyi ketukan dipintu mengejutkan iskandar. Lambat-lambat dia membuka mata.
“ tuan iskandar, tuan “ suara bibik memanggil
Dia bangun menuju kebilik air, panggilan bibik tidak di jawab dulu.
‘ tuan, tuan iskandar, buka pintu tuan.” Semakin kuat suara bibik. Macam nak pecah pintu bilik iskandar diketuk.
“ ye bik... saya datang ni.” Pintu dibuka.” Ada apa bik?. “ tanya is.
“ ibuk, panggil tuan is minum petang” bibik menjawab. Is hanya menjawab dengan anggukan.
Setelah beberapa minit iskandar turun. Matanya melilau mencari kelibat mama.
“  hai mama..” iskandar mencium pipi mamanya. Datin maimon menbalas ciuman anaknya didahi. “ meh...teman mama minum jap,” is duduk. Biskut badam dihadapannya diambik lalu dikunyah. “ ermmmm....sedap cookies ni...mama buat ke? “
Kali kedua dia mengambil. Datin maimon yang melihat is hanya tersenyum. “ is....is...mesti lah mama yang buat. Dah anak mama ni suka makan cookies.” Kepalanya digeleng-geleng.
“ is dah dapat kad jemputan nadia?” datin maimon memulakan pembicaraan
 “ dah ma..” pendek jawapan is.
” Is pegi ke majlis tu?”
 lama....baru is menjawap. “ mungkin kut mama...tapi tak tau lagi. Is ada discussion dengan tan sri tajuddin pasal projek dia yang kena saman tu, napa ma?”tanya is.
“ ai...majlis tu kan ari ahad, tak kan lah ada discussion“.
“ mama bukan tak kenal tan sri tu, dah dia free ari tu.” Acuh tak acuh sahaja jawapan is.
” tak lah mama tanya je. Tadi jasmine ada call, tanya pasal is nak pegi ke tidak. Kalau is pegi, dia minta is temankan dia. Kamu dulukan satu U ’
‘ apa ma....jasmine? tak nak lah is, pompan tu suka sangat melekat...dah macam lintah dah is tengok. Kalau dah melekat susah nak tanggal. Geli lah is, ma ”
Datin mainom tersenyum. Is ...is..Dia paham benar perangai anaknya itu. Dia memang sudah sedia maklum dengan perangai jasmine. Gadis itu memang sudah lama sukakan iskandar, Cuma hati iskandar sudah tertutup untuk perempuan lain kecuali nadia aqilah. Takut jugak hati datin maimon bila menerima kad jemputan dari nadia kemarin, risau bagaimana penerimaan is tentang perkahwinan nadia. Lama mereka berdua berkawan. Dia sendiri sudah menganggap nadia sebagai anaknya. Almaklumlah, hanya iskandar satu-satu anaknya.
Lega sedikit hati datin maimon. Iskandar sudah berbual-bual dengannya. Sejak pulang dari office tengahari tadi, iskandar mengurungkan diri . pada pandangan mata kasarnya, anaknya nampak ok sahaja. Tapi dia tau hati iskandar sedang parah.
“ kuatkan lah hati anak aku Ya Allah “  doa Datin Maimon didalam hati.
********************************************************************************************************************************************